Tuesday 30 August 2016

MERDEKA BEBAS, JANGAN TERBABAS




Memilih Kebebasan
Setiap manusia yang lahir di dunia membawa status yang sama.  Bebas merdeka, namun tetap menjadi hamba sahaya kepada Tuhannya.  Bergandingan dengannya, manusia dibekalkan dengan peraturan dan ketaatan.  Semua ini bukanlah sekatan, tetapi sebagai kawalan dalam kehidupan.

Hakikatnya erti kebebasan itu terletak pada ketaatan.  Manusia yang memilih kebebasan tanpa ketaatan kepada Allah umpama mengharapkan perlindungan dari sarang labah-labah.  Luaran tampak gah, ironinya ia rapuh dan reput.  Langsung tiada jaminan keselamatan dan ketenangan.  Itulah yang akan berlaku jika mereka memilih kemaksiatan dan kejahilan sebagai kemerdekaan.

Justeru, kebebasan hakiki itu apabila kita kembali kepada Allah sebagai tempat berpayung.  Dengan itu, kita bukan sahaja dijanjikan jaminan kemerdekaan di dunia, tetapi juga kemerdekaan di akhirat.  Teruskan usaha membebaskan jiwa, minda dan nafsu daripada kejahilan kerana itu tanda remaja yang merdeka.  Menjadi hamba Allah yang sebenarnya itulah erti kemerdekaan yang hakiki dan sejati!

Kejutan hari ini

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...