Thursday, 26 December 2013
Tazkirah jumaat 27 disember 2013
🍃Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
🚫Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
Thursday, 5 December 2013
Perempuan mengucap kalimah 'syahadah dalam talipon
Friday, 1 November 2013
Majlis restu Ilmu SPM 2013
Tarikh: 1 November 2013
Berikut ialah tentatif Mjlis Restu Ilmu Tingkatan 5
8.45 - Pelajar berkumpul di dalam dewan
8.50 - Ucapan pengacara majlis
8.55 - Bacaan doa
9.00 - Ucapan Pengetua
9.30 - Penyampaian kad ucapan, alat tulis & jadual kelas persediaan
9.50 - Taklimat SU Peperiksaan
10.10 - Taklimat MP Kimia
10.20 - Taklimat MP Biologi
10.30 - Taklimat MP Fizik
10.40 -Taklimat MP Add Math
10.50 - Taklimat MP Matematik Moden
11.00 - Taklimat MP B.Melayu
11.10 - Taklimat MP B.Inggeris
11.20 - Taklimat MP Pendidikan Islam
11.30 - Taklimat MP Sejarah
11.40 - Ucapan PKP
12.00 - Majlis Restu Ilmu bersama guru-guru
Tuan Pengetua menyampaikan alatan tulis
Pelajar-pelajar tingkatan 5
Solat hajat spm 2013
Cepatnya masa berlalu. Spm datang lagi. Minggu depan 6 november. Hari ni ada program solat hajat untuk memohon kejayaaan anak2 tingkatan 5 mozac. Majlis akan diadakan di depan astaka mozac. Menjelang maghrib hujan turun dengan sangat lebat disertai kilat sabung menyabung. Tempat lain terpaksa difikirkan. Tikar dah dibentang. Dewan muzaffar syah tak boleh digunakan sebab kerusi meja telah disusun untuk spm. Surau aspura kecil tak muat untuk pelajar dan ibu bapa. Akhirnya Allah ilhamkan ustazah Marjan untuk beri cadangan solat di dewan makan. Tak pernah dibuat orang. Tu la uniknya mozac. Tanpa surau yang sempurna tapi masih lagi dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Bila la nak dapat surau yang besar muat semua pelajar??
Friday, 1 February 2013
Walau hanya seekor kucing...
Dah lama aku tak tulis dalam blog ni..Tahun 2013 pun dah masuk bulan Februari. Begitu cepat masa berlalu. Kali ini aku nak berbicara tentang kucing kesayangan keluargaku. Namanya Kitty Boo. Kucing dipelihara oleh anaku Atika semasa beliau belajar kat sana. Kira ni kucing oversea la. Begitu susah payah Atika bawa balik dari Amerika. Tambangnya pun macam sama dengan tiket seorang dewasa.
Apa istimewanya Boo? Seekor kucing yang ada karismanya yang tersendiri. Kucing yang tidak suka disentuh tanpa alasan yang munasabah. Dia akan bunyi grrrrrrr....grrrrr menandakan ketidaksukaannya pada orang yang menyentuhnya itu, terutama di bahagian perutnya. Namun Boo sangat pandai berkomunikasi dengan orang. Kadang-kadang aku rasa dia faham apa orang cakap. Bila nak makan, pandai kejutkan orang atau tarik perhatian supaya melayan dia makan..dan aku paling suka kalau dia minta aku suapkan makanan. Boo sangat suka kalau dapat keluar rumah. Sekejap pun jadilah..tapi aku kena tunggu dia kat luar. Bukan apa, si Boo ni suka melesap berjalan ke tempat lain. al maklumlah keturunan kucing hutan, suka pengembaraan yang mencabar di luar sana. Aku mesti pastikan pintu sentiasa ditutup. Kalau dia berjalan pun memang dia pandai balik semula ke rumah. Tapi jiran aku kata, kucing cantik2 ni tak boleh biar merata-rata di luar, nanti ada orang ambil bawa lari. Betul juga.
Pernah terjadi satu malam, Boo lepas keluar. Tak siapa sedar. Pukul 2 pagi baru kami sekeluarga perasan. Puas dicari. sekeliling rumah yang gelap gelita. Kami tunggu esok pagi dengan harapan dia balik. Aku gi sekolah dalam keadaan yang tidak tenang.
Otak berfikir macamana nak maklumkan pada Atika kucingnya hilang semalaman. Boo adalah segalanya bagiku kerana dia juga buah hati kesayangan anakku. Aku amat menyayangi anakku Atika, jadi apa saja yang berkaitan dengannya akan aku terima dengan sepenuh hati. Kawan2 ku ketawa bila aku cerita aku risau kucingku tak balik rumah. Ada kawanku nasihatkan aku solat hajat. Balik kerja Boo masih tak balik lagi..Suami pun puas meronda sekitar taman cari Boo. Selepas solat Zohor aku pun solat hajat mohon agar Boo pulang ke pangkuan kami..Rupanya suamiku pun berdoa selepas solat jumaat. Alhamdulillah, dalam kul 2 petang aku nampak kelibat seekor kucing hitam berlari dengan laju menuju ke rumah ku...dan aku menjerit kegembiraan bila si Boo muncul di depan pintu. Seperti biasa dia akan melabuhkan perutnya atas lantai (berbaring) tanda dia happy sangat dapat keluar.
Kini Boo kat Kuala Lumpur bersama mamanya. Elok juga di sana. Tempatnya bersama Atika. Dia memang selalu rindu Atika. Tapi rasanya kini Boo tentu rindukan aku di Melaka.. Walaupun kau seekor kucing, tapi kau memberi nilai kasih sayang yang amat berharga buat kami sekeluarga..

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejutan hari ini
Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...
-
Islam adalah agama Allah. Justeru itu semua prinsip dan ciri-ciri asasnya ditetapkan oleh Allah. Prinsip dan ciri-ciri ini tidak berub...
-
Bekalan terbaik ialah ketakwaan kepada Allah dalam hidup kita. Rasa takwa kepada Allah. Tak lekang dari bibir kita dengan sentiasa berdoa p...