Dah lama aku tak tulis dalam blog ni..Tahun 2013 pun dah masuk bulan Februari. Begitu cepat masa berlalu. Kali ini aku nak berbicara tentang kucing kesayangan keluargaku. Namanya Kitty Boo. Kucing dipelihara oleh anaku Atika semasa beliau belajar kat sana. Kira ni kucing oversea la. Begitu susah payah Atika bawa balik dari Amerika. Tambangnya pun macam sama dengan tiket seorang dewasa.
Apa istimewanya Boo? Seekor kucing yang ada karismanya yang tersendiri. Kucing yang tidak suka disentuh tanpa alasan yang munasabah. Dia akan bunyi grrrrrrr....grrrrr menandakan ketidaksukaannya pada orang yang menyentuhnya itu, terutama di bahagian perutnya. Namun Boo sangat pandai berkomunikasi dengan orang. Kadang-kadang aku rasa dia faham apa orang cakap. Bila nak makan, pandai kejutkan orang atau tarik perhatian supaya melayan dia makan..dan aku paling suka kalau dia minta aku suapkan makanan. Boo sangat suka kalau dapat keluar rumah. Sekejap pun jadilah..tapi aku kena tunggu dia kat luar. Bukan apa, si Boo ni suka melesap berjalan ke tempat lain. al maklumlah keturunan kucing hutan, suka pengembaraan yang mencabar di luar sana. Aku mesti pastikan pintu sentiasa ditutup. Kalau dia berjalan pun memang dia pandai balik semula ke rumah. Tapi jiran aku kata, kucing cantik2 ni tak boleh biar merata-rata di luar, nanti ada orang ambil bawa lari. Betul juga.
Pernah terjadi satu malam, Boo lepas keluar. Tak siapa sedar. Pukul 2 pagi baru kami sekeluarga perasan. Puas dicari. sekeliling rumah yang gelap gelita. Kami tunggu esok pagi dengan harapan dia balik. Aku gi sekolah dalam keadaan yang tidak tenang.
Otak berfikir macamana nak maklumkan pada Atika kucingnya hilang semalaman. Boo adalah segalanya bagiku kerana dia juga buah hati kesayangan anakku. Aku amat menyayangi anakku Atika, jadi apa saja yang berkaitan dengannya akan aku terima dengan sepenuh hati. Kawan2 ku ketawa bila aku cerita aku risau kucingku tak balik rumah. Ada kawanku nasihatkan aku solat hajat. Balik kerja Boo masih tak balik lagi..Suami pun puas meronda sekitar taman cari Boo. Selepas solat Zohor aku pun solat hajat mohon agar Boo pulang ke pangkuan kami..Rupanya suamiku pun berdoa selepas solat jumaat. Alhamdulillah, dalam kul 2 petang aku nampak kelibat seekor kucing hitam berlari dengan laju menuju ke rumah ku...dan aku menjerit kegembiraan bila si Boo muncul di depan pintu. Seperti biasa dia akan melabuhkan perutnya atas lantai (berbaring) tanda dia happy sangat dapat keluar.
Kini Boo kat Kuala Lumpur bersama mamanya. Elok juga di sana. Tempatnya bersama Atika. Dia memang selalu rindu Atika. Tapi rasanya kini Boo tentu rindukan aku di Melaka.. Walaupun kau seekor kucing, tapi kau memberi nilai kasih sayang yang amat berharga buat kami sekeluarga..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejutan hari ini
Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...
-
Islam adalah agama Allah. Justeru itu semua prinsip dan ciri-ciri asasnya ditetapkan oleh Allah. Prinsip dan ciri-ciri ini tidak berub...
-
Bekalan terbaik ialah ketakwaan kepada Allah dalam hidup kita. Rasa takwa kepada Allah. Tak lekang dari bibir kita dengan sentiasa berdoa p...
-
Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...
No comments:
Post a Comment