Rahmatan Lil Alamin Dalam Semangat Hijrah bersama Prof
Datuk Dr Harlina Siraj
Nak bersifat rahmah perlu bermula daripada individu
kemudian baru keluarga.
Keluarga adalah batu asas untuk pembinaan sebuah
tamaddun.
Pembinaan sebuah keluarga bukan terletak atas wanita
sahaja tetapi mesti dilibatkan orang lelaki seperti mana mereka bercakap pasal
bola dll.
Keluarga bermula dengan seorang individu. Pemilihan pasangan penting. Garis panduan ciri-ciri pasangan yang hendak
dipilih. 1. rupa paras 2. harta benda dan kekayaan 3. keturunan 4. agamanya.
3 faktor yang pertama adalah luaran yang boleh
dilihat. Kita disarankan untuk melihat
agama. Di sinilah segala nilai, cara selesai masalah, tangani emosinya. Penting untuk tentukan hala tuju keluarga
kita.
Pasangan kena ada naiwatu dan objektif yang sama. Untuk akhirat nanti. Akan lahir anak2 yang baik dalam
masyarakat. Kayu ukur samada keluarga
kita Efektif atau tidak? Samada kita jadi individu yang lebih baik selepas
kahwin. Maka ia efektif. Setiap individu mempunyai akhlak yang baik
selepas kahwin. Petunjuk kedua ialah
anak2 yang lahir dari keluarga tersebut.
Peranan keluarga yang dimainkan dalam masyarakat. Keluarga yang efektif mula tunjukkan
rahmahnya dengan melibatkan aktiviti masyarakat. Keprihatinan, kepimpinan, kesukarelawan
ditunjukkan oleh setiap ahli keluarga.
Pasangan yang telah hidup bersama perlu berkongsi
segalanya. Dlam perkongsian ada memberi
dan menerima. Seorang yang kedekut sukar
nak memberi. Tak boleh menerima sahaja atau memberi sahaja. Perlu ada seorang yang menghargai. Siapa yang memberi dan siapa yang
menerima. Perlu seimbang dan banyak mana
nak memberi atau menerima. Surah ar Rum ayat 21, mawadah. Pasangan yang berkahwin lebih 20 tahun,
pasangan ini dengan segala kekurangan telah dapat mencapai keseimbangan dalam
konteks berkongsi tadi. Suami isteri ni macam bertarik tali, seorang pegang
satu hujung dan seorang lagi pegang satu hujung. Kena tegang. Seorang tarik maka yang seorang
lagi kena kendurkan. Kena ada tolak ansur, sabar. Kalau dua-dua tarik, maka tali akan
putus. Mempertimbangkan orang lain dalam
institusi keluarga. Keluarga sangat
penting untuk membentuk jiwa. Tak ada
rumahtangga yang sempurna. Manusia boleh
belajar dari kesilapan. Satu budaya
menahan sabar perlu ada. Kena syukuri
segala nikmat yang ada. Ciri muslim
rahmah yang orang lain lihat. Bermula
dari rumah tangga. Kita perlu ilmu untuk
mendidik keluarga kita. Parenting skill
perlu ada untuk menghadapi keluarga di abad ke 21 yang mencabar.
No comments:
Post a Comment