Monday 12 December 2011

Kenali PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan. 



Visi dan Misi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:
  • Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  • Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  • Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  • Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  • Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  • Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  • Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Aqsa Syarif


 
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram Israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”.
Peristiwa ini bermula dengan terlaksanya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

AQSA SYARIF
Ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama.
Dianggotai oleh lapan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Aqsa Syarif mengharap dorongan dan sokongan dari para sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia.
VISI
Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin
MISI
Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah
MOTTO
Memperkasa Ummah – Membebaskan Al-Aqsa
OBJEKTIF
1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.
2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.
4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.
AKTIVITI AQSA SYARIF
Sejajar dengan misi Aqsa Syarif, pelbagai program dan projek sudah, sedang dan akan dilaksanakan. Di antaranya ialah memberi bantuan kemanusiaan melalui penghantaran bekalan makanan, perubatan dan keperluan pendidikan.
Aqsa Syarif berusaha mengumpul dana dari rakyat dan pelbagai agensi awam dan swasta di Malaysia dan menyalurkan kepada rakyat di bumi Palestin dan di kem-kem sementara di luar negara seperti di Beirut, Jordan dan Syria. Kesemua itu bermula dengan aktiviti Aqsa Syarif di seluruh Malaysia seperti melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO seumpama melalui ceramah, penerbitan media dan aktiviti ‘fund raising’.
Aqsa Syarif bertekad untuk terus membantu rakyat Palestin dengan motto “Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa“.

No comments:

Post a Comment

Kejutan hari ini

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...