Sunday, 18 December 2011

Kewajipan Wanita Islam

Islam memelihara akhlak dan perasaan malu wanita serta berusaha untuk melihara kemuliaannya dan menjaga maruahnya daripada prasangka-prasangka buruk.



PERTAMA:
Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya.  Firman Allah:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya."    (Surah an-Nur ayat 31)


KEDUA:
Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu ketat dan menjolokk mata.  Allah berfirman: "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka." (Surah an-Nur ayat 31)

KETIGA:
Hendaknya jangan menampakkan perhiasan yang tersembunyi seperti rambut, leher, kedua-dua lengan dan kedua-dua betis kecuali kepada suami atau mahramnya.  Allah berfirman: "Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami merka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...(Surah an-Nur ayat 31)
   
KEEMPAT:
Hendaklah sopan ketika berjalan dan berbicara.  Allah berfirman, "Dan janganlah mereka menghentak kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..." (Surah an-Nur ayat 31)


"Dan janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Surah al-Ahzab ayat 32)
Berdasarkan kepada ayat di atas, tidak bererti wanita dilarang berbicara dan suara itu sendiri bukanlah aurat pada asalnya.  Tetapi mereka diperintahkan untuk berbicara dengan baik.

KELIMA:
Hendaklah mereka menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki kepada dirinya seperti berdandan (tabarruj) dengan dandanan ala jahiliah.  Kerana ini bukanlah akhlak seorang wanita yang solehah.
Rasulullah bersabda: "Setiap pandangan (kepada lawan jenis sehingga merangsang syahwat) adalah zina.  Seorang wanita yang memakai wangian kemudian melalui satu kumpulan (lelaki) dia telah (dianggap) berzina."  Riwayat Tirmizi
Maksud hadis di atas seolah-olah mereka melakukan zina, meskipun mereka tidak melakukan hal yang sedemikian, maka wajib ke atas wanita menjauhi perilaku seperti itu.
                                  


KEENAM:
Wanita dilarang berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan muhrimnya dan bukan mahramnya, untuk memelihara dirinya dariapda difitnah.
Rasulullah saw bersabda: "Janganlah sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita dan jangan seorang wanita bermusafir melainkan dengan muhrimnya."
      
KETUJUH:
Jangan bergaul dengan lelaki lain kecuali kerana perkara-perkara yang terpaksa dan kemaslahatan yang dibenarkan seperti solat di masjid, menuntut ilmu, tolong-menolong untuk kebaikan dan ketakwaan.  Wanita tidak dilarang untuk memberikan sumbangan kepada masyrakat tetapi mereka haruslah menjaga batas-batas syariat ketika bermuamlah dengan lelaki. Peliharalah batasan pergaulan; apabila berbincang pastikan bersama bersama mahram.
                
Sebagai kesimpulannya, Islam sentiasa memelihara wanita daripada segala bentuk penindasan dan penghinaan serta mengangkat martabat wanita yang dipermainkan dan diperhambakan ketika zaman jahiliah.

No comments:

Post a Comment

Kejutan hari ini

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...