Bekalan terbaik ialah ketakwaan kepada Allah dalam
hidup kita. Rasa takwa kepada Allah. Tak lekang dari bibir kita dengan sentiasa
berdoa pada Allah. Dalam solat sentiasa disebut berulang kali : "Tunjukkan
kami di jalan yang lurus".
Mohon Allah tunjukkan kita jalan yang lurus agar kita
tidak tergelincir. Ramai manusia yang
mati dalam keadaan tergelincir, tak ada bekalan yang perlu dibawa semasa
mati,
Tidak bersedia di depan Allah. Kita mohon agar Allah
panjangkan usia kita untuk kita buat bekalan yang cukup ketika mengadap Allah
nanti.
Rasulullah berpesan kepada seorang kanak-kanak bernama
Abdullah Ibn Abas ketika dia tumpang duduk di belakang Rasulullah di atas
tunggangan Rasulullah yang bergerak laju.
Abdullah berasa takut lalu dia pegang Rasulullah dengan kuat. Rasulullah mula pegang Rasulullah lalu
berkata: "Wahai Ghulam, aku nak ajar beberapa kalimah dalam hidup kamu.
Kamu jagalah Allah, kamu akan dijaga oleh Allah."
Menjaga Allah sepatutnya menjadi keutamaan dalam hidup
kita. Kasih dan cinta mesti bermatlamatkan Allah. Sekiranya kita cinta pada
Rasulullah sehingga kita beriman pada Allah. Cinta pada pasangan hidup samada
pada suami atau isteri mesti membawa kepada bertambah yakin dan redha dengan
ketentuan Allah. Hidup untuk mencari
keredhaan Allah. Dalam solat kita juga selalu sebut ...Innasolati, wanusuki,
wamayahya, wamamati lillahirabbil alami., solatku, segala amalan ibadat, hidup
dan kematian adalah untuk Allah.
Asas hidup orang beriman ada tiga:
- Allah. 2. Rasulullah. 3. Perjuangan / jihad di jalan Allah
Kenapa perlu jaga Allah?
Kita perlukan Allah dalam hidup kita. Hidup tanpa Allah akan jadikan kita syirik.
Kita kena yakin dengan Allah supaya jangan ada unsur-unsur hilang keyakinan
kita pada Allah. Kita mesti bergantung
pada Allah.
Surah At_Taubah ayat 24
24. Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak,
saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang
kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad
di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan
Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
Terdapat 8 halanganyang membuatkan kita tak jaga
Allah.
- Ibubapa
- Anak-anak kamu
- Adik beradik kamu
- Pasangan hidup suami @isteri
- Jiran tetangga
- Harta benda yang kamu sibuk usahakan
- Perniaagaan yang kamu bimbang kerugiannya
- Rumah yang kamu sukai.
- Ibu bapa
Ibu bapa lebih kamu jaga dari jaga Allah. Kisah nabi
Ibrahim yang diminta oleh ayahnya, seorang pembuat berhala, untuk menjual
berhala di sekitar kampungnya. Dia bertanya samada nak jaga Allah atau jaga
bapanya. Akhirnya Ibrahim ambil berhala dan jual. Dia berkata pada penduduk
kampung:"marilah datang beli berhala yang bodoh ini". Dia bawa balik semua berhala. Bapanya
tengking Ibrahim. "Mengaps tak ada satu pun yang laku?" Ibrahim kata
"penduduk kampung cerdik untuk tidak beli berhala yang bodoh ini."
bapanya kata lain kali tak perlu jual lagi.
Nabi Ibrahim menjaga Allah daripada jaga bapanya.
- Anak-anak kamu
Ramai orang jaga anak tapi biar anak tanpa tutup
aurat, tak tegur anak sebab nak jaga hati anak. Jaga anak lebih baik dari jaga
Allah. Allah meningatkan melalui ayat yang bermaksud "Wahai orang yang
beriman, jangan kami dilalaikan daripada anak pinak."
Ada ibu bapa yang tak rasa apa-apa bila anaknya tak
boleh baca Quran berbanding jika anaknya tak lulus SPM. Quran mesti boleh dibaca. Bila kita mati, kita hanya harapkan anak-anak
untuk baca Quran. Apabila anak Adam mati
semuanya akan balkk kecuali tiga iaitu anak yang soleh yang akan doakan
kita. Bila buat majlis kenduri kahwin,
ibu bapa tak solat zohor dan asar kerana sibuk layan tetamu. Rela tinggal solat
dan biar anak tak tutup aurat.
- Adik beradik kamu
Jaga adik beradik sehingga sanggup putus hubungan
dengan Allah.
- Pasangan hidup suami @ isteri.
Jaga suami atau isteri lebih dari jaga Allah. Takut
pada isteri lebih takut dari takut pada Allah. Suami tak berani tegur isteri.
Sepatutunya matlamat rumah tangga ialah saling tolong menolong untuk sama-sama
ke syurga. Saidina Umar kata: lelaki
mesti belajar dua surah daslam hidup iaitu surah Al-Baqarah dan Ali Imran.
Isreri dan anak perempuan pula mesti
belajar surah An-Nisa', Al Ahzab dan An Nur. Sibuk macam mana pun kena belajar
untuk baca Quran. Mesti ada perasaan takut kalau tak baca Quran.
Kalau tak boleh baca Quran, tuan-tuan jangan mati.
Apabila masuk kubur, sudash pasti tak lepas soalan malaikat. Tak boleh baca
Quran sedangkan FB dan Whatsapp boleh baca setiap hari.
Suami isteri mesti berlumba-lumba untuk baca Quran dan
hafal Quran. 3 surah utama untuk dihafal:
- Al Mulk yg dibaca sebelum tidur supaya tiada azab kubur.
- Surah al Kahfi supaya fitnah waktu nak mati dan fitnah dalam kubur tiada
- Surah Al Baqarah - mana-mana rumah yang baca surah al Baqarah, syaitan tidak berani masuk ke dalam rumah. Tak perlu tangkal, baca surah al Baqarah akan bercahaya rumah. Dada yang hafal surah al Baqarah, syaitan tak berani masuk.
Takut pada isteri lebih takut daripada takut pada
Allah. Tidak tegur isteri yang tidak tutup aurat sebab takut isteri
tersinggung. Pasangan hidup patut beri semangat dan sokongan untuk ingat pada
Allah. Isteri atau suami bukan tuhan. Isteri atau sumai patut beri sokongan
untuk taat pada Allah.
- Jiran tetangga
Jika waktu solat kita duduk di sebelah orang yang
soleh, nescaya solat kita akan kusyuk. Kita terlampau menjaga hati orang sampai
tak jaga Allah, contoh takut letak hantaran rendah untuk anak perempuan kerana
takut apa orang kata nanti.
- Harta benda yang kamu sibuk kumpulkan harta
Turun pagi balik petang untuk cari apa? Tak sempat nak
jumpa jiran, tak sempat baca quran. Bila mati tak bawa harta dalam kubur pun.
Cari harta, cari jawatan dan cari rupa (ingin cantik).
Surah At Takathur, bila masuk dalam kubur, baru sedar. Bila tak jaga Allah
kerana sibuk cari harta,
Bila sibuk jaga Allah, kita cari harta supaya harta
itu yang tolong kita untuk jaga Allah.
- Perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya. Contoh berniaga tetapi tak tunai solat jumaat maka tak jaga Allah . Biar sampai Allah jaga perniaagaan kita. Meniags untuk dapat berkat. Rumah besar tapi tak berkat.
- Rumah yang kamu sukai
Kita sibuk renovate. Bayar astro Rm 130 tapi boleh
derma masjid sebanyak itu?
Rumah dunia comfirm kena tinggal. Bila meninggal. Perlu beli rumah di akhirat
awal-awal untuk beli ruman diakhirat
Kesan jaga Allah
- Dapat hidayah Allah
Allah tidak sesatkan kita, Allah tarik jasad kita dan
tunjuk jalan agama yang lurus,
Bila solat mohon Allah tunjukkan jalan yang
lurus. Hidayah ialah dia tahu dan Allah
tarik jasadnya untuk buat apa yang dia tahu. Taufik ialah dia tahu tapi tak
buat. Tak semua orang dapat hidayah walaupun dekat dengan sumber hidayah
seperti bapa saudara Rasulullah, Abu Talib.
Hanya Allah lah yang beri hidayah. Bila jaga Allah,
Allah beri hidayah.
Contoh kita tahu bangun untuk solat tahajud penting
sebab bila masuk dalam kubur,selepas pertanyaan malaikat, kubur jadi lapang,
jadi hijau yang cantik dengan rumput, bauan wangi. Bila ditanya pada malaikat
semuanya datang dari mana? Malaikat kata, semuanya datang dari tahajud yang
kamu lakukan. Sayang kamu tak buat sebab tak bangun walaupun dan kunci jam, jam
saja yang bangun.
Susah nak bangun walaupun tak makan banyak sebelum
tidur dan tidur awal. Begitu jugs dengan solat dhuha. Sebenarnya kita tak buat semua amalan kerana
Allah tak sayang kita maka Allah tak beri hidayah pada kita.
- Dapat berkat
Berkat ialah sesuatu yang sikit tapi rasa banyak.
Berkat ialah sesuatu yang sempit terasa lapang
Berkat ialah sesuatu yang susah kepadas senang,
Jika buat maksiat, Allah tarik berkat, keluarga hilang
kasih sayang, hilang sumber kekeuatan dalam diri. Bila jaga Allah, Allah tambah keberkatan,
- Allah sediakan ampunan yang mencurah-curah sehingga diberi kelebihan sperti wali Allah. Kisah Khalid al Walid sewaktu berjumpa panglima Rustum. Rustum telah letak racun dalam minuman Khalid. Khalid tahu ada racun. Dia ambil dan pegang gelas itu. Dia kata"yang boleh menghidupkan dan mematikan bukan orang yang letak racun tetapi yang hidup atau matikan orang ialah Allah. Dengan nama Allah dia minum air yang ada racun. Rustum rasa gembira. Tetapi tiada apa-apa kesan padas Khalid kerana dia jaga Allah.
Jika kita jaga Allah, Allah beri kelebihan seperti
wali Allah. Kisah
Tok Kenali yang boleh jalan atas air, dia hanya baca
surah al Ikhlas dan yakin dengan Allah
Bagsimana jags Allah?
- Jaga Akidah - jangan ikut syiah atau ajaran sesat.
- Jaga Ibadat - solat, puasa, zakat.
- Jaga akblak - mulut jangan cabul, tangan jangan tulis keburukan,
Tangan mesti tulis kalimahl-kalimah yang elok/baik
Subhanallah. Hebatnya bila Allah menjadi keutamaan kita.
ReplyDelete