Wednesday, 21 November 2012

Mengapa Israel Tak Serang Malaysia?



1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di gaza apa sebenarnya intention pihak zionis yg cuba lakukan. Gaza tu besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7 km (jarak cher
as - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan gaza sahaja. Tanah palestin berpecah belah negaranya.

2. Kalau dilihat dari peta palestin sekarang, kenapa ianya berpecah-pecah? Mengapa pihak zionis tidak mengambil kesemua tanah palestin? Ataupun kalau dia nak ambil, kenapa negara palestin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

3. Jadi kesimpulan ringkas yagn diamati, pihak zionis sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara palestin kerana mereka tak mahu umat islam bersatu, mungkin jika bersatu, memang sekejap sahaja israel akan boleh ditawan semula dengan mudah.

4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Palestin, pihak musuh hanya perlu bomb 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita.. tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat-tempat di mana ramai rakyat palestin berhimpun, di rumah-rumah, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat palestin?

5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina macam fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.

6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lg nasik goreng kampung pun takder drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Saya juga tidak terkecuali, sekarang sedang menggunakan pc yg processornya adalah IN TEL, memang IN TEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Siapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke, hatta minyak bayi pun pakai Johnson & Johnson.

7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru coffe be an, belum apa-apa, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, macam mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Habis kita makan apa nie?

8. Eyh tengok org sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul-betul berperang dgn musuh, kita di sini berperang dengan melihat mempertikaikan kenapa perlu boikot, kenapa perlu derma, ada yg kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Israel nak serang kita, diorang tak buat apa-apa pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.. Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara-saudara kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu..haishhhhh

9. Biarlah kawan-kawan kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yg boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang-kurangnya masing-masing cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sebab tue kalau tengok di tv, ada orang-orang muda palestin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tu kena kereta kebal pun, orang dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tapi semuanya ada sikap berjuang nak melawan.

10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana-mana kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yang nie org penghulu, tak ngam dgn tok sidang, yang tok sidang punya geng tak ngam dengan Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2.. alahai..

11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi paleystin masih lagi wujud hasil doa-doa umat islam di seluruh dunia, kita di masjid-masjid time solat jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat-rakyat paley stin. Tempat israk mikraj tue bro.

12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sebagai alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang-kurangnya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tgk page sham kamikaze, hari-hari post pasal kelebihan solat dhuha, tiap-tiap waktu ingatkan org suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.

13. Tidurlah awal, agar kita dapat berjemaah subuh esok, kan dan dikhabarkan, 'mereka' hanya akan takut kalau subuh kita sama ramai dengan solat jumaat. Kerana itulah sebenarnya kunci kekuatan umat islam seperti umat paley stin yg menyebabkan zio nis takut kerana jemaah subuh mereka.

3 comments:

  1. hmm..
    sedih dengan keadaan tu..
    =')

    ReplyDelete
  2. Semua itu benar........Yahudi mmg berjaya bt seluruh dunia haru biru dalam senyap......lihatlah dlm Malaysia...ketika bumi Palestin dibedil.ketika darah mujahid dan mujahidah menitis.kita masih leka berseronok dengan hilai tawa di pusat2 hiburan,makan hingga kenyang sebab mewah dengan makanan, sibuk dengan doa agar dibinasakan sesama Muslim,bergaduh kerana perbezaan pegangan politik,sibuk urusan kita sendiri.......Selain doa dan harapan.Palestin bersendirian mempertahankan kedaulatan buminya.........fikir2kanlah wahai yang bergelar Muslim......Allahuakbar...

    ReplyDelete