Sunday, 18 November 2012

Jom Boikot McDonalds


Sinyu: Apsal nak kaitkan McD kat sini ngan Israel? Management diorang pun da nafikan.
Nobita: McD kat sini@mana2 pun still jual jenama dan produk sama. Jadi xkan tade kaitan/keuntungan kepada headquaters McD kat US?


Sinyu: Tapi xbaik tuduh diorang buat offer free meal sebab ada boikot. Mungkin diorang dah lama plan untuk hargai pelanggan setia.
J: Wallahu'alam. It's just at the right time! Dulu p
enah ke ada offer free meal?

Sinyu: Alaa, kan free tu. Bagus la. Kita xyah bayar pape, so diorang pun x untung pape.
J: Diorang akan untung senarnya, dari segi sokongan moral. Sebab itu yang diorang perlu sewaktu tertekan macam ni.

Sinyu: Ok, kalu aku amik jugak meal free tu dan makan, apa hukum dia? Haram?
Nobita: Tak haram pun, even kalau bayar. Sebab makanan itu sendiri diperakui halal. Tapi ini bukan soal agama, halal@haram. Ini soal kemanusiaan.

Sinyu: So, depend kat pilihan masing2 la kan nak boikot @ x? xleh paksa kan?
Nobita: Untung kita kat sini ada pilihan nak boikot @ x. Saudara kita kat sana xleh pilih pun sama ada nak diserang dan menderita @ x.

Kredit : Aqsa Syarif

1 comment:

  1. Setiap apa yang diperjuangkan haruslah diresapkan dalam hati agar apa saja tindakan kita sentiasa terpandu pada jalan Allah.

    Tindakan harus dilakukan melalui kesedaran dan keinsafan. Semangat dan emosi biasanya akan bermusim, tetapi jika kesedaran yang timbul dari hati, ianya akan terus sebati di dalam jiwa.

    Seruan boikot merupakan satu inisiatif menyatakan prihatin umat Islam atas isu kemanusiaan yang melibatkan umat Islam di palestin. Menyertai kempen boikot ini salah satu sumbangan yang baik untuk kesan diri sendiri dan juga komuniti umat Islam.

    Semoga apa jua usaha terhadap simpati kita kepada sudut kemusiaan khususnya di Palestin ini mendapat prihatin Allah dan kita jua akan beroleh rahmat, InsyaAllah.

    ReplyDelete

Kejutan hari ini

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...