Wednesday 30 November 2011

Bulan Muharam dan Kemuliaan Hari Asyura

 
Setiap tahun moga anda dalam kebaikan. Wahai saudara-saudara yang dimuliakan, saya ingin berbicara dengan anda di kala kita berada di ambang tahun Hijrah yang baru, kita memohon Allah menjadikannya lebih baik, sentiasa dalam kemuliaan dan kemenangan dan memperkasakan umat Islam kita dan merealisasikan impian yang anda harap-harapkan.

Hijrah Merubah Jatidiri Ummah

Tidak terasa bahwa kita kini telah memasuki tahun baru 1433 Hijriah atau tepatnya saat ini kita sudahpun berada di bulan Muharram.
Perkataan “Muharram berasal dari akar kata“harrama” yang mengalami perubahan bentuk menjadi“yuharrimu-tahriiman-muharraman-muharrimun“.
Perkataan “muharraman” membawa erti “YangDiharamkan.
Apakah yang diharamkan ?

Mencari Keredhaan Allah

Soalan

salam ustazah...

saya ingin bertanya soalan pada ustazah, bagaimanakah melakukan sesuatu hanya kerana mengharapkan redha Allah? adakah kalu kita buat sesuatu dan kita buat kerana mengharapkan redha ibu bapa boleh dikatakan buat kerana mengharapkan redha Allah sebab kita tahu bahawa redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa.

bagaimanakah kita nak mengaitkan kehidupan seharian kita ini dengan agama sebab fahaman sekarang ini memisahkan agama dengan dunia???

apakah yang dikatakan amalan soleh??? adakah hanya berzikir sahaja yang dikira sebagai amalan soleh??dalam al-quran dikatakan syurga hanya untuk orang yang melakukan amalan soleh... bagaimana nak melakukan amalan soleh yang diredhai Allah???

Menonton Wayang Bersama Kekasih

Soalan

Saya merupakan remaja yang selalu di belenggu keraguan terutama berkaitan hal agama. Disini saya ingin mengajukan beberapa soalan yang saya rasa prof dapat menjawabnya.

Seperti yang kita ketahui, jika kaum hawa dan kaum adam duduk berdua-duaan di tempat gelap hukumya berdosa.hukum itu adakah sama dengan kita masuk ke panggung wayang.

saya harap prof dapat menjawabnya.

Betulkah Nabi Muhammad saw seorang yang buta huruf?

Soalan:
Salam Ustazah,
Saya ada kemusykilan tetang sifat Nabi Muhammad s.a.w.
Apa yang saya faham selama ni, baginda seorang yang buta huruf. Baru2 ni saya terbaca satu artikel yang mengatakan baginda bukan seorang yang buta huruf. Kalau kita percaya baginda seorang yang buta huruf, bererti kita telah menghinanya.
Betul ke? Macamana dengan kepercayaan kita selama ni? Saya rasa itulah yg diajarkan kepada kita di sekolah2 sejak dulu lagi.
Minta ustazah tlg jelaskan. Terima kasih.

Definisi Ilmu Tauhid



Apakah definisi ilmu Tauhid?

Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid



Ilmu Tauhid membincangkan beberapa bidang:
1.  Keimanan kepada Allah, pengesaanNya serta pengikhlasan diri dalam ibadat serta menjauhkan diri daripada syirik.

Semai Benih-benih Syurga 2



Umat Islam secara umum sememangnya tahu dan mengerti malah sering diingatkan sama ada oleh ustaz, ibu bapa atau dalam kuliah-kuliah yang dihadiri bahawa amalan baik membawa ke syurga manakala perbuatan jahat mengheret ke neraka.

video Gambaran Hari Kiamat






video open your Eyes - maher zain



video InsyaAllah - Maher Zain

Tuesday 29 November 2011

video

 Hikmah Kembara - Mirwana

Hijrah Kembara Kehidupan


Di sebalik berakhir tahun 1432H dan menjelangnya tahun baru hijrah 1433H kita memerhati dan merenung hari-hari yang ditentukan Allah,
Kita berhenti sejenak memerhati dan merenung bukan dengan tujuan untuk menangisi nasib kita dan situasi umat Islam sekarang, atau meratapi apa yang berlaku, tetapi kita merenung peristiwa yang berlaku untuk kita mengambil beberapa pengajaran dan pelajaran, seterusnya kita berazam untuk mengubah nasib kita kepada kedudukan yang lebih baik dan kita mengingatkan pendirian kita, sekiranya kita telah memperolehi kebaikan, maka pujian hanya bagi Allah di atas taufiknya dan sekiranya tidak memperolehinya maka sewajarnya memperbetulkan keadaan kita. 

Acuan Bernama Islam

Nama agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad tidak ada perkaitan dengan sebarang individu ataupun kelompok manusia.  Hal ini berbeza dengan agama lain.  Sebagai contoh agama Kristian yang dinamakan bersempena dengan nama Jesus Christ, agama Budha bersempena nama pengasasnya Sidharta Gautama Buddha, Confucianisme dinamakan bersempena nama Confucious dan Judaisme dinamakan berasaskan nama kelompok kaum Judah.

Semai Benih-benih Syurga

Setiap yang hidup pasti lawannya mati dan baik lawannya adalah jahat.  Begitu juga dengan balasan Allah SWT iaity syurga dan neraka yang bersesuaian dengan amalan setiap insan di dunia ini.  Bagi meraih ganjaran syurga idaman, setiap insan perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan ikhlas dan penuh kejujuran.  Sebaliknya bagi sesiapa yang memilih untuk masuk ke neraka, mereka tidak perlulah bersusah payah mencari keredaan Allah SWT, sebaliknya hanya perlu mengikut dorongan hawa nafsu semata-mata.
Terpulanglah kepada kita plihan mana yang terbaik untuk kita dan seluruh kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kerana orang-orang di sekeliling kitalah yang bakal membawa kita sama ada ke syurga atau neraka.  Apa yang penting, semuanya adalah pilihan kita!!!
                                   

Tafsir Surah Al Fatihah 1

Al Faatihah (Pembukaan)
1 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan         sekalian alam.
3 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5 Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Kelebihan solat Jemaah di Masjid


Pengertian solat Jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.  Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum.  Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.  

Kejutan hari ini

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...