Program Kembara Masjid IkramTeens 2011
Alhamdulillah, buat julung kalinya IKRAMTeens Melaka telah berjaya melaksanakan program yang bertujuan untuk mendekatkan diri remaja dengan masjid. Program berlangsung pada 28 - 29 November 2011. Peserta telah mengembara ke 3 buah masjid di sekitar Ayer Keroh, Bandar Hilir dan Umbai, Jasin. Seramai 14 orang peserta telah mengikuti program ini yang berumur antara 9 - 16 tahun. Pada mulanya kami risau takut program ini tiada sambutan keranga ramai keluarga yang balik kampung sempena cuti maal hijrah. Pendaftaran peserta bermula di Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh. Setiap peserta dikenakan bayaran RM15.00.
Peserta mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid dan solat Dhuha. Setelah itu Maksue sebagai penasihat program telah memberi taklimat kepada peserta tentang matlamat dan aturcara program keseluruhannya. Program diteruskan dengan bacaan al-quran juzuk 1 sebanyak 2 mukasurat secara berkumpulan. Target program ini ialah untuk menghabiskan satu juzuk.
Beruntung peserta kerana mendapat bimbingan tajwid daripada Ummi Kamariah.
Suasana di dewan solat masjid al-Alami MITC.
Di perkarangan masjid yang begitu cantik. Peserta sudah bersedia untuk pengembaraan seterusnya.
Pengembaraan diteruskan menuju ke Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka tepat jam 11.00 pagi dengan menaiki dua kereta yang dipandu oleh Maksue dan Ummi kamariah.
Tujuan utam ke Bandar Hilir ialah untuk mengedarkan risalah tentang Islam bertajuk 'Inspirasi'. Artikel bertajuk Hijrah Kembara Kehidupan, telah diakseskan oleh Aizat. Beberapa peserta kelihatan sedikit gementar bila kena beri risalah terutama yang ada pengalaman 'manis' dihalau pakcik guard dataran Pahlawan masa program 3R ogos lepas. Di dalam kereta peserta diberi sedikit tunjuk ajar bagaimana cara nak berdepan dengan orang ramai ketika mengedarkan risalah. Yang utama, muka mesti selalu senyum dan bercakap dengan penuh sopan. Perjalanan mengambil masa setengah jam. Keadaan di Bandar Hilir seperti biasa sibuk dengan kunjungan pelancong tempatan dan luar negara. Kali ni peserta tidak perlu risau dengan pak guard kerana mereka akan berada di kawasan sekitar Menara Tamin Sari.
Setiap peserta diberi seorang 10 risalah dan mesti menghabiskannya. Mereka bergerak dalam dua kumpulan. Pelbagai pengalaman yang mereka lalui. Antaranya ada juga orang yang menolak bulat-bulat risalah tersebut. Ada buat isyarat macam dalam iklan tv yang tak merokok. Ada pula yang ambil tapi digunakan risalah tu untuk lapik makanan tanpa dibaca pun. Apa lagi ini membuatkan peserta rasa marah dan kecewa. Tak pa semuanya itu ujian dan dugaan bila nak menyebarkan Islam pada orang lain.
Ada juga peserta yang beri pada bukan Islam dengan harapan semoga mereka mendapat hidayah. Ada juga yang beri pada polis yang meronda di situ dan rasa gembira kerana polis tak marah mereka pun. Polis hanya ambil tindakan kalau kita buat salah je..
Sementara peserta memberi risalah kami sebagai pengiring menyediakan makan tengahari dengan membelinya di kedai makan di Dataran Pahlawan. Begitu gembira sekali tuan kedai melayan kami walaupun ada ramai lagi pelanggan. Kakak yang layan kami tu terkejut bila dihulurkan risalah. Entah apa yang difikirkannya. Namun begitu dia mengambilnya dengan senyuman.
Yang bagusnya kamilah segalanya daripada AJK makanan, pengangkutan, penginapan dan fascilitator. Tu la yang manisnya bila buat program musim cuti, semuanya balik kampung dan urusan keluarga.
Satu lagi pengalaman yang mendebarkan bila terpaksa menunggu satu kumpulan di depan Mc donald Dataran Pahlawan yang sibuk. Hampir setengah jam Maksue menunggu. Tak seorang pun yang ada handphone. Dalam berfikir nak cari jalan keluar, tiba-tiba dapat call dari Fyrdaus yang menyatakan di mana lokasi mereka.
Rupanya mereka tersalah dengar arahan daripada Ummi mengenai lokasi menunggu kereta Maksue. Yang bagusnya dia pinjam talipon pakcik guard dataran Pahlawan. Alhamdulillah kami bergerak menuju ke masjid selat dan betul-betul tiba masa orang dah solat zohor jemaah.
Suasana di Masjid Selat amat nyaman sekali. Angin bayu laut menghembus dengan begitu kuat sekali. Begitu ramai pelancong luar Melaka yang dapat solat di Masjid Selat ni.
Cantiknya masjid Selat..dengan pemandangan laut yang indah. Terbukti kebesaran Allah dalam penciptaanNya. Kami begitu tertarik dengan sebuah bot bergerak menggunakan roda membawa penumpang dari menara taming sari dan terus masuk ke dalam air menyusuri sekitar masjid selat. Semua peserta seia sekata nak naik bot tu juga..Lain kali la...
Kami makan tengahari selepas solat zohor.
Sambil menikmati juadah makan tengahari kami berbual-bual tentang sains. Ha...bincang bagaimana bayu laut terjadi. Yang dah belajar sains tu beria-ia memberi jawapan yang tepat. Macam tula yang kita mahu. Mengaplikasikan apa yang belajar dalam kelas untuk menerangkan fenomena alam.
Program tadarus diteruskan. Kali ini bahagi kepada dua kumpulan dan dibimbing oleh Maksue dan Ummi. Kami dapat habiskan empat mukasurat berserta terjemahannya sekali.
Selepas itu program diteruskan dengan tazkirah pendek yang disampaikan secara sukarela oleh Amir Fyrdaus selaku ketua ekspedisi ni.
Pertama kali membaca tazkirah. Alhamdulillah Ummi memberi tunjuk ajar bagaimana nak menyampaikan tazkirah.
Bahan tazkirah bertajuk kelebihan solat jemaah di masjid disediakan oleh Maksue. Tak sangka majlis berlangsung dalam keadaan yang begitu ceria dan peserta mengambil bahagian sangat aktif. Siapa kata remaja kita tak minat dengan majlis ilmu. Yang terkesan sekali bila dibaca tiga golongan yang masuk syurga tanpa dihisab iaitu golongan yang berada di masjid bila azan, golongan yang dalam perjalanan ke masjid bila dengar azan dan golongan yang bergegas keluar dari rumah bila dengan azan. Masing-masing berazam untuk solat di masjid. Alhamdulillah.
Selepas tazkirah peserta diberi masa untuk berehat sementara menanti waktu asar.
Peserta paling muda..
Selepas solat asar kami bergerak ke Masjid Kampung Berangan Enam, Umbai Jasin. Kali ini kami bergerak menaiki 3 kereta, tambahan Naza Ria dipandu oleh Makcik Zuraidah sebab ada tambahan peserta yang berkumpul di Masjid Selat.
Tepat jam 6.00 petang kami tiba di masjid Umbai. Perut terasa lapar. Peserta diminta menguruskan diri sementara ummi dan maksue mencari makanan di Pekan Umbai.
Alhamdulillah kami dapat makan capati istimewa masakan melayu Umbai.
Alhamdulillah Abang Long tiba untuk memberi keceriaan kepada peserta. Selepas solat Maghrib kami makan malam bersama dengan juadah nasi goreng ayam.
Peserta dikejutkan dengan kedatangan YDP Ikram - cikgu Aziz, TYDP Ikram - pakcu Aris, Pengerusi JKPemuda Belia - Pak Tam Rosli dan AJK IKram Bandar Melaka - Pakcik Mahad. Riuh rendah suasana bila Abang Long membuat aktiviti urut-urut picit-picit.
YDP memberi ucapan semangat kepada peserta supaya sentiasa menjadi remaja yang sentiasa cintakan masjid dan bila besar nanti meneruskan perjuangan menyebarkan Islam.
Abang Long memberi tazkirah tentang persediaan qiamulail dan peserta membuat perkongsian pengalaman mereka sepanjang hari.
Sebelum tidur peserta meneruskan bacaan quran. Ada kumpulan yang berjaya selesaikan bacaan 1 juzuk.
Alhamdulillah peserta dapat mengerjakan qiamulail walaupun minima 2 rakaat solat tahajud. Pagi 29 November, Masjid Kampung Berangan Enam menerima 2 saf jemaah solat subuh. Abang Long memberi kuliah subuh ringkas tengtang fadhilat solat dan fadhilat bangun awal pagi.
Aksi Abang Long menerangkan cara nak sujud dengan betul.
Masih tekun dan segar mendengar coleteh Abang Long.
Saat yang ditunggu peserta iaitu bermain futsall. Mereka berjalan kaki ke tempat futsall sejauh 1/2 kilometer.
Mereka begitu gembira sekali dapat bermain. Sekurang-kurangnya tidak lah mereka bosan dengan aktiviti di dalam masjid sahaja. Budak lelaki memang suka aktiviti lasak.
Program kembara masjid tamat tepat jam 10 pagi. Peserta membuat resolusi iaitu:
1. Sedaya upaya solat jemaah di masjid atau surau berhampiran. Jika jauh dari rumah, ajak ayah untuk pergi bersama-sama. Jika ayah beri alasan, bacakan 3 golongan masuk syurga tanpa hisab.
2. Sedaya upaya lakukan solat sunat seperti tahiyatul masjid, solat dhuha, solat sunat rawatib, qiamulail
3. Sentiasa membaca quran.
Semoga segala amalan yang dilakukan semasa program Kembara Masjid ini mendapat keberkatan dan diterima sebagai amalan yang soleh. Inilah titik permulaan yang baik bagi remaja dalam IKRAMTeens Melaka mengorak langkah menjadi penjuang Islam. InsyaAllah.
Laporan daripada: Maksue
No comments:
Post a Comment