Friday 30 December 2011

Mukmin Professional - Kukuh Integriti, Teguh Kompetensi

Langkah pertama dalam usaha membaiki diri atau membangunkan modal insan ialah perlu dijelaskan dahulu bentuk bagaimanakah tenaga manusia yang kita inginkan itu.  Imej umat Islam yang buruk dan negatif itu perluka satu proses rebranding (penjenamaan semula) yang total dan menyeluruh.  Kita tidak perlukan ajaran baru tetapi kita sangat perlukan pendekatan kontemporari dan huraian yang segar untuk kembali memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


Umat Islam yang sedang mengalami kemunduran dan kelemahan dari sudut rohani dan material ini perlukan satu proses rebranding dari segi imej dalaman dan luarannya, agar dilihat lebih produktif, cintakan kedamaian dan unggul di semua aspek kehidupan.
]
Usaha penjenamaan semula ini perlu didahului oleh proses reengineering (pembinaan semula) dari segi pembangunan sumber manusia (modal insan).  Ini kerana manusia Muslimlah faktor pemula (prime cause) yang akan mencorakkan imej Islam itu sendiri.  Jika Islam digelapkan oleh umat Islam sendiri, maka untuk menyerlahkan kembali cahaya Islam itu, umat Islamlah yang perlu diproses dan dibangunkan terlebih dahulu.

"Soalnya, apakah bentuk atau imej umat Islam yang hendak kita bina?  Apakah kita sudah ada gambaran yang jelas tentang end product (produk akhir) yang hendak kita hasilkan? Ataupun kita masih tercari-cari atau teraba-raba?

Kisah Nabi Syuaib a.s
Untuk itu, mari kita merujuk kepada wahyu.  Al-Quran telah merakamkan peristiiwa kekaguman dua orang anak perempuan Nabi Syuaib a.s iaitu Syafura dan Liya terhadap Nabi Musa dalam satu peristiwa di padang pasir Madyan.  Mereka berdua terpegun dengan Musa, pemuda gagah dan berakhlak yang telah menolong mengangkat penutup sumber air untuk kambing-kambing peliharaan mereka.  Atas pertolongan itu, akhirnya Nabi Musa a.s ditawarkan kerja oleh Nabi Syuaib a.s. setelah si anak itu menceritakan tentang kebaikan akhlak dan kegagahan Nabi Musa a.s.
Kata-kata anak Nabi Syuaib dalam kisah yang penuh ibrah ini diabadikan oleh Allah menerusi firmanNya:
Inilah salah satu dasar ambilan gagasan Mukmin Professional yang diketengahkan ini. Maksudnya , inilah end product modal insan yang kita idamkan.  Yakni manusia yang baik kelakuannya sekaligus baik pula pekerjaannya.

Secara mudah, al-Amin (amanah) dalam ayat itu merujuk kepada  Mukmin.  Manakala al-Qawiy (kuat), merujuk kepada profesional.  Atau dalam istilah kontemporari, al-Amin juga boleh dirujuk sebagai integriti.  Manakala al-Qawiy sebagai kompetensi.

CIRI MUKMIN PROFESIONAL
Dengan sifat Mukmin seseorang itu akan memiliki nilai-nilai yang baik (sifat mahmudah) seperti integriti, jujur, amanah dan lain-lain.  

Dengan sifat profesional, seseorang itu akan mempunyai kepakaran dan keterampilan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan dalam bidang pengurusan, pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan lain-lain.









No comments:

Post a Comment

Kejutan hari ini

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...