JADIKAN SOLAT SEBAGAI ISTIREHAT KITA
Inilah Rasulullah saw bersama solat. Perhatikanlah tatkala baginda mengatakan :
"Wahai Bilal, dirikanlah solat (iqamatlah)! Istirehatkanlah kami dengannya." (HR Abu Dawud dan disahihkan oleh Al Albani)
Bandingkan dengan keadaan kita ketika ini dan boleh jadi sebahagian manusia justeru akan mengatakan :
Bandingkan dengan keadaan kita ketika ini dan boleh jadi sebahagian manusia justeru akan mengatakan :
"Istirehatkanlah kami dari solat, wahai Bilal."
Demi Allah, orang yang mampu mengecapi rasa ini hanyalah orang-orang yang khusyu’ dan adapun orang-orang yang selain mereka justeru akan merasa letih.
Perhatikan bagaimana Rasulullah saw mengatakan :
"Dan puncak kebahagiaanku dijadikan terletak dalam solat." (HR Ahmad)
Solat adalah kebahagiaan baginda dan keinginannya. Pandangan baginda tidak akan dipenuhi apa-apa selain solat sementara pandangan kita telah terjejas oleh banyak perkara seperti :
1. Isteri. 2. Rumah tangga. 3. Pekerjaan. 4. Harta benda. 5. Televisyen.
Pernahkah walaupun sekali kita merasakan puncak kebahagiaan kita terletak pada dua rakaat yang kita kerjakan di tengah malam yang gelap di mana kita menegakkan kaki di hadapan Allah swt dengan penuh khusyuk dan hiba?
Para sahabat mengatakan :
"Apabila Rasulullah saw ditimpa suatu persoalan atau mengharapkan sesuatu perkara, beliau bergegas melaksanakan solat." (HR Ahmad)
Itulah, sungguh aneh keadaan kita! Jika kita ditimpa persoalan, kita segera berlari mencari yang lain dan bukannya solat!
ANTARA MABUK DAN LALAI DALAM SOLAT
Allah swt berfirman :
”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan." (QS An-Nisa' : 43)
Subhanallah! Ada ramai orang yang tidak dalam keadaan mabuk namun keadaan mereka ketika solat tidak berbeza dengan orang-orang yang mabuk. Mereka sama sekali tidak mengerti apa yang mereka ucapkan ketika solat. Tanyakan pada diri kita masing-masing, berapakah solat yang kita lakukan dalam keadaan yang lebih buruk dari orang-orang yang tengah mabuk?
Subhanallah! Ada ramai orang yang tidak dalam keadaan mabuk namun keadaan mereka ketika solat tidak berbeza dengan orang-orang yang mabuk. Mereka sama sekali tidak mengerti apa yang mereka ucapkan ketika solat. Tanyakan pada diri kita masing-masing, berapakah solat yang kita lakukan dalam keadaan yang lebih buruk dari orang-orang yang tengah mabuk?
Sukakah kita menjadi orang yang lalai, sementara kita berdiri di hadapan Allah?
CONTOH TAULADAN DARI SALAF
Abu Thalhah pernah solat di kebunnya. Kemudian di tengah-tengah solat beliau melihat seekor burung terbang keluar dari kebun. Kedua mata beliau pun terpaku melihat burung itu sehingga beliau lupa berapa rakaat yang telah beliau kerjakan. Akhirnya, kerana kelalaian itu, beliau pergi menghadap Rasulullah saw sambil menangis dan berkata :
"Wahai Rasulullah, saya telah disibukkan oleh seekor burung ketika solat di kebun sehingga saya lupa berapa rakaatkah yang telah saya lakukan ketika solat..."
Baginda pun berkata :
"Sekarang, biarlah kebun itu menjadi sedekah di jalan Allah. Gunakanlah kebun itu untuk apa sahaja seperti yang kamu inginkan, barangkali dengan ini, Allah akan mengampuni kamu."
Sungguh, seorang mukmin sejati akan melihat dosanya seperti sebuah gunung yang besar yang ingin menimpanya. Sepatutnya kita menangis sekuat-kuatnya di atas keadaan kita selama ini. Ratusan hari, bahkan bertahun-tahun, kita solat dalam keadaan lalai, namun kita sentiasa menghiburkan diri kita dengan berkata, "Rasulullah saw pun pernah lupa jumlah rakaat solatnya."
Perhatikan pula keadaan Ali bin Abi Thalib ra ketika hendak melaksanakan solat. Selepas berwudhu’, beliau biasanya gementar dan ketika ditanya sebabnya, beliau mengatakan :
"Sekarang aku sedang memikul amanah yang pernah ditawarkan kepada langit dan bumi serta gunung, tapi mereka semua menolaknya. Namun aku kemudian maju dan bersedia menerima amanah tersebut."
CARILAH HATI KITA
Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemui hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, kerana engkau sedang dalam keadaan tidak memilikinya.”
Memang sesuatu yang ironik jika peringatan secara rutin peristiwa Isra' Mi'raj pada setiap tahun tidak melahirkan solat khusyu' yang mampu menggetarkan hati nurani dan menembus hingga ke langit. Solat yang kosong dari kekhusyu'an dan tiada kerendahan hati akan melahirkan kekosongan-kekosongan baru yang tiada henti.
Maka, sudah sampai masanya kita jadikan solat sebagai sumber cahaya yang akan menerangi perjalanan kita menuju Allah Yang Maha Kuasa.
Dengan solat, jiwa kita akan menjadi tenang, sejuk dan segar kerana dalam solat, aliran ketenangan dari langit terus mengalir tanpa henti.
Ya Allah, jadikanlah solat kami sebagai tempat hati kami berehat dan menikmati hubungan yang terus dan intim denganMu sehingga tiada lagi ketenangan, tiada lagi kerehatan, tiada lagi kenikmatan melainkan apabila kami telah memasuki wilayah solat yang akan membawa kami menyusuri satu ruangan yang luas tidak bertepi sambil mengetuk pintu-pintu rahmat dan keampunanMu.
No comments:
Post a Comment