Siapa sangka hanya kerana seekor kucing mampu membantu sebuah stesen kereta api keluar daripada ambang kemuflisan.
Mungkin anda tidak percaya namun seekor kucing di Jepun ini membantu menyelamatkan stesen kereta api daripada ditutup buat selama-lamanya.
Kucing yang diberi nama Tama bekerja sebagai 'Train Master' di Stesen Kishi di Bandar Kinokawa merupakan hentikan terakhir Landasan Eletrik Wakayama.
Tama dilahirkan di bandar itu pada asalnya dan membesar sebagai seekor kucing jalanan serta sering ditemui berlegar-legar di antara Stesen Kishi dan kedai runcit berhampiran.
Kucing itu dikatakan mula 'bekerja' sejak 2007 lagi berjaya meningkatkan kadar penggunaan keretapi itu secara drastik.
Gelagat Tama yang berjaya dirakam ketika 'bertugas' di Stesen Kishi. Foto BBC.
Selepas pekerja terakhir berhenti kerja pada tahun 2006, Tama merupakan satu-satunya 'pekerja' yang tinggal di stesen itu.
Dari rugi RM16.8 juta kepada keuntungan lebih RM 40 juta
Apabila orang ramai mendengar kisah kucing itu, penjual tiket kereta api menunjukkan peningkatan yang mendadak sehingga ia digelar 'Kesan Tama'.
Sebelum Tama 'bekerja' sebagai 'Train Master, syarikat kereta api itu kehilangan hampir RM16.8 juta setahun kerana penuruanan bilangan penumpang yang disebabkan beberapa pekara.
Pelancong tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Tama.
Selepas Tama menjadi 'bintang' utama di Stesen Kishi, semakin ramai orang datang kerana mahu membeli tiket daripada kucing comel itu.
Jika sebelum ini landasan kereta api itu merupakan pengangkutan asas ia kini menjadi destinasi utama pelancongan di Bandar Kinokawa.
Tarikan yang dimiliki Tama membuatkan orang dari seluruh dunia mahu melihat haiwan itu lebih dekat.
Tama 'menyambut' kehadiran pelancong. Foto Japan Forword.
Dek kerana fenomena Tama, ramai pengunjung dan pelancong sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk melihat Tama selain membuatkan syarikat kereta api diambang muflis berjaya diselamatkan.
Syarikat kereta api itu juga menerima lebih daripada RM40 juta yang dibayar oleh orang ramai yang mahu berjumpa dengan Tama.
Bukan itu sahaja, terdapat kedai cederamata yang menjual pelbagai jenis berkaitan dengan Tama termasuk baju mahupun patung di Stesen Kishi.
Selain itu juga, penunjung juga boleh membeli set ruang makan yang berkonsep Tama.
Kereta api khas, bina stuktur baharu kerana Tama
Pada tahun 2007, pegawai stesen itu memutuskan untuk memeliharanya sebagai salah satu tarikan pengunjung dan tanpa disedari tindakan mereka itu memberi keuntungan kepada mereka.
Pada tahun 2009, Tama menjadi begitu popular sehingga syarikat kereta api itu melancarkan kereta api khas versi kartun Train Master berkaki empat dan diberi nama Tama Densha.
Pelancong tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Tama.
Stesen itu juga membina sebuah satu struktur pintu masuk utama baru yang menyerupai kepala Tama pada tahun 2010 dan ia menyebabkan peminat kucing itu semakin teruja.
Tama berusia 10 tahun ketika mula bekerja di Stesen Kishi dan menerima gaji dalam bentuk makanan selain mempunyai blognya sendiri.
Kucing comel itu juga diberi tugasan untuk menyambut kedatangan para pelanggan selain diberikan sebuah pejabat kecil dan pakaian seragam yang dipakainya setiap hari.
Dilantik sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi
Pada Januari 2010, Tama secara rasminya dinamakan sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi dan menjadikan haiwan itu kucing pertama dilantik sebagai eksekutif di sebuah syarikat perkhidmatan kereta api.
Kereta api yang berbentuk Tama turut menjadi tarikan pelancong. Foto BBC.
Tama yang 'bertugas' sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi turut dibantu dua kakitangan baru sebagai pembantunya yang juga kucing diberi nama Chibi dan Miiko dalam melakukan tugas seharian.
Dek kerana populariti Tama yang semakin dikenali di peringkat antarabangsa apabila menjalani penggambaran dokumentari pertamanya bertajuk La Voie du Chat dalam Bahasa Perancis dan ia juga diterbitkan dalam Bahasa Jerman berjudul Katenlektionen.
Nitama penganti Tama yang meninggal dunia pada tahun 2012.
Hampir 3,000 orang yang menghadiri upacara pengebumian Tama yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2012 pada usia 16 tahun.
Tama disemadikan di tapak perkuburan kucing berhampiran dan haiwan itu juga memperolehi status dewi Shinto kerana sikap dedikasinya untuk memastikan perkhidmatan kereta api terus maju ke hadapan.
Kini, jawatan Tama sebagai Train Master di Stesen Kishi itu digantikan dengan pekerja baharu, Nitama yang mempunyai wajah dan warna bulu mirip dengan Tama.
No comments:
Post a Comment