Tuesday, 30 September 2014

Di sebalik Pahala


Di sebalik pahala ada "suka". Di sebalik syurga ada "reda". Maknanya Allah memberikan pahala kerana Dia suka akan amalan kita. Allah mengurniakan syurga apabila Dia reda dengan kita.
Tiada siapa boleh mewajibkan Allah memberi pahala dan syurga. Boleh jadi suatu amalan berpahala sepatutnya, tetapi berdosa kerana Allah tidak suka. Contohnya kita menderma tetapi niat di hati menanti apa orang akan kata. Begitulah, ada amalan yang membawa ke syurga sepatutnya, sebaliknya mengheret kita ke neraka kerana Allah tidak reda.
Rasulullah sudah mengingatkan: "Orang terawal yang akan diadili ialah seorang yang mati syahid. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya.
Allah bertanya: Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat-nikmat tersebut?'

'Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku gugur sebagai syahid.'
'Kamu tipu! Kamu berperang supaya kamu dipanggil wira. Dan gelaran itu telah diberikan.'
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudiannya seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran. Allah mem perlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya.
"Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?'
'Aku belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran kerana-Mu.'
'Kamu tipu! Kamu belajar ilmu supaya dipanggil orang alim dan kamu membaca al-Quran supaya disebut qari. Dan gelaran itu telah diberikan.'
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudiannya seseorang yang diberikan Allah kemewahan kepadanya. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya.
'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?'
'Tidak ada satu jalan (kebaikan) pun yang Engkau sukai melainkan aku menyedekahkan harta pada semua jalan tersebut.'
'Kamu tipu! Kamu melakukannya supaya dipanggil dermawan. Dan gelaran itu telah diberikan.'
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)
Selain sum'ah seperti dalam sabda Nabi, syirik, riyak, takbur dan banyak lagi perkara yang boleh membuang suka dan reda Allah pada amalan syurga dan berpahala kita. Jadi semak diri selalu, adakah setiap amalan syurga atau berpahala yang kita lakukan demi Allah suka dan reda?

Solusi isu 72

Kejutan hari ini

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...