1. Membaca al-Quran
Sudah semestinya hati
terganggu oleh karenah-karenah manusia atau gelombang kehidupan. Namun, lazimilah mencapai al-Quran dan
membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan
jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.
Firman Allah bermaksud:
“Diturunkan kepadamu
al-Quran sebagai perunjuk dan rahmat serta penawar……” Surat
al-Isra’ :82
Jiwa yang tidak membaca
al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa
mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak,
cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa al-Quran
segalanya tidak bermakna.
2. Mendirikan Solat
Rawatlah hati dengan
solat. Seorang ulama bernama al-Hakim
berkata: “Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah al-Quran kerana
al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan
Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan,
pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah.”
Hati yang lemah akan mendapat semula
kekuatannya apabila bersandar kepada satu kuasa Yang Maha Perkasa. Sebagai perbandingan, pakar-pakar psikologi
sering menyarankan supaya kita meluahkan masalah yang membebankan hati kepada
orang yang kita sayangi, percayai dan hormati.
Langkah itu akan meredakan beban rasa yang mencengkam jiwa.
Ya, sekiranya kita
meluahkan rasa hati kepada manusia itu pun sudah melegakan. Apa lagi jika kita
solat, ini bererti kita meluahkan segala rintihan, permasalahan, kesusahan
kepada Zat yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh hambaNya.
Bukankah Allah Al-Sami’ @
Maha Mendengar? Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hambaNya. Apabila kita rasa Allah mendengar segala
pengaduan kita, sudah pasti jiwa kita akan mendapat ketenangan dan kerehatan.
Sebab itu, seringkali
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Sayidina Bilal (apabila Baginda menyuruhnya
melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal.” Itulah kerehatan hati yang dimaksudkan oleh
Imam Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!”
3. Mengingati Mati
Rawatlah hati dengan
mengingati mati. Hati yang mengingati
mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang
banyak mengingati mati.” (Riwayat al-Baihaqi)
Jadilah insan bijaksana
sepertimana dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w, yakni mereka yang sentiasa mengingati
mati dan bersedia untuk menghadapinya.
Impak daripada mengingati mati, para sahabat Rasulullah s.a.w hidup
bahagia, tenang dana man di samping dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan
berkesan.
Ingat mati ialah pembasuh
hati yang gelisah dan resah. Cukuplah
mati sebagai peringatan dan pengajaran.
Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat. Ingat mati
akan memadamkan rasa enggan melaksanakan taat.
Ingat mati itu sesungguhnya akan memberi satu tenaga yang begitu ampuh
untuk menjalani kehidupan dengan jiwa yang kukuh. Persediaan menghadapi mati menyebabkan kita
lebih produktif dan aktif dalam hidup!.
Sebaliknya, melupakan mati akan mematikan hati.
Jika mati pun belum dapat
mengingatkan kita, maka berdoalah kepada Allah agar dikurniakan ‘hati’ yang
lain, kerana hakikatnya kita sudah tidak mempunyai hati lagi. Berhati-hatilah menjaga hati, jangan sampai
kita kehilangannya!
Rujukan:
SOLUSI isu #4
No comments:
Post a Comment