Waktu munajat yang paling baik ialah anda berkhalwah (bersendirian) dengan Tuhanmu apabila manusia lain tidur dengan nyenyak di kala waktu malam, seluruh alam semesta dalam suasana tenang, malam yang kian pekat dan bintang-bintang kian padam. Anda menghadirkan hati untuk berzikir dan mengingati Allah, merasai kelemahan diri anda dan mengakui keagungan Tuhanmu. Bermesra dengan kehadiranNya, merasa tenteram dengan mengingatiNya, bergembira dengan kemuliaan dan rahmatNya, menangis kerana takutkanNya, merasakan pengawasanNya. Dalam pada itu, anda memanjatkan doa, bersungguh-sungguh meminta ampun, dan menyampaikan hajat anda kepada Tuhan yang tidak akan lemah untuk memenuhinya dan tiada sesuatu yang dapat melekakanNya daripada berbuat sesuatu:
“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi. (Yassin: 82)
Anda meminta-Nya untuk kehidupan di dunia dan akhirat, jihad, dakwah, harapan, cita-cita, tanahair, keluarga, diri anda sendiri dan saudara-saudara anda:
“Kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfal: 10)
Pernahkah anda cuba bersendirian dengan Allah!? Alangkah menakjubkan kelazatan ini!!