"Rehatkan dirimu dari sibuk mengatur urusanmu, kerana segala yang telah diurusuntukmu oleh "Selainmu", tidak perlulah lagi kamu turut mengurusnya"
أَرِحْ نَفْسَكَ مِنَ التَّدْبِيْرِ، فَمَا قَامَ بِهِ غَيْرُكَ عَنْكَ لاَ تَقُمْ بِهِ لِنَفْسِكَ
Selepas kita merancang dan mengatur masa hadapan kita dengan pelbagai ilmu strategi moden; ambillah masa untuk melupakan sementara usaha kerdil kita itu
Tumpukan dengan yakin disebalik itu semua, Dialah Pengatur sebenarnya. Dia hanya minta kita lakonkan untuk mencari sebab musabab atau course and effect. Bersungguhlah kita mengatur dan merancang, tapi bagi masa untuk menyerahkannya kepada Ilahi
Itulah azam dan tawakkal namanya
Cubalah ukur banyak mana masa kita merancang dan banyak mana pula kita bertawakkal. Ada yang bergaduh sesama mereka pasal perancangan, tetapi mereka lupa keputusan akhir di tangan Allah S.W.T jua
Ini sekali lagi, tidak menafikan kepentingan merancang. Kata-kata Ibnu Athaillah di atas sekadar mengimbangkan antara kesibukan merancang dan kesibukan bertawakkal. Moga tidak disalah ertikan kata-kata hikmah ini

No comments:
Post a Comment