Thursday 7 June 2012

Setiap Yang Hidup Pasti Mati




Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun. Salah seorang peserta program LEADERS 2012anjuran IKRAMTeens Pusat, Muaz Mohd Narawi dari Johor telah meninggal dunia akibat lemas selepas ditarik ombak kuat semasa berehat di tepi Pantai Kerachut, Teluk Bahang, Pulau Pinang sekitar jam 2.00 petang semalam, Khamis 7 Jun 2012. Beliau adalah anakanda kepada Pengerusi JK Dakwah IKRAM Johor, Ust Mohd Narawi Mohd Ali. Jenazah beliau telah disolatkan di Masjid Daerah Balik Pulau selepas Isyak tadi oleh jemaah masjid, peserta LEADERS dan ahli IKRAM Pulau Pinang yang diimami oleh Haji Tuah Ismail. Jenazah telah dibawa ke Muar, Johor untuk dikebumikan. Takziah buat keluarga Allahyarham Muaz. Semoga roh Allahyarham Muaz dicucuri rahmat dan dimasukkan di kalangan para mukminin dan solihin.Amin.


No comments:

Post a Comment

Kejutan hari ini

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...