Tuesday, 30 August 2016

MERDEKA BEBAS, JANGAN TERBABAS




Memilih Kebebasan
Setiap manusia yang lahir di dunia membawa status yang sama.  Bebas merdeka, namun tetap menjadi hamba sahaya kepada Tuhannya.  Bergandingan dengannya, manusia dibekalkan dengan peraturan dan ketaatan.  Semua ini bukanlah sekatan, tetapi sebagai kawalan dalam kehidupan.

Hakikatnya erti kebebasan itu terletak pada ketaatan.  Manusia yang memilih kebebasan tanpa ketaatan kepada Allah umpama mengharapkan perlindungan dari sarang labah-labah.  Luaran tampak gah, ironinya ia rapuh dan reput.  Langsung tiada jaminan keselamatan dan ketenangan.  Itulah yang akan berlaku jika mereka memilih kemaksiatan dan kejahilan sebagai kemerdekaan.

Justeru, kebebasan hakiki itu apabila kita kembali kepada Allah sebagai tempat berpayung.  Dengan itu, kita bukan sahaja dijanjikan jaminan kemerdekaan di dunia, tetapi juga kemerdekaan di akhirat.  Teruskan usaha membebaskan jiwa, minda dan nafsu daripada kejahilan kerana itu tanda remaja yang merdeka.  Menjadi hamba Allah yang sebenarnya itulah erti kemerdekaan yang hakiki dan sejati!

Saturday, 19 March 2016

RAHMAT ALLAH TIDAK BERHENTI

KITA perlu sentiasa muhasabah kembali adakah setiap kali kita membaca dan melintasi ayat-ayat Allah SWT yang berkisarkan tentang syurga dan neraka, setiap kali itu juga adakah kita benar-benar faham dan menghayati intipatinya. Allah SWT menceritakan perihal syurga dan neraka di dalam al-Quran agar kita benar-benar memahami dan merasainya. Allah SWT menggambarkan syurga bukan satu perkara yang sia-sia. Bahkan untuk kita bersemangat dan sentiasa mentaatinya agar syurga menjadi milik kita.

Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman menerusi segmen Ibrah yang bersiaran di IKIMfm pada hari Selasa, 5.15 petang minggu lalu, meneruskan siri pengembaraan ibrah kisah ahli syurga. Kali ini, Ustaz Syaari membawa kisah bagaimana ahli syurga diperlihatkan tentang perihal ahli-ahli neraka dan berdialog sesama mereka.
Kisah ahli syurga berdialog bersama ahli neraka ini diceritakan oleh Allah SWT menerusi Surah Al’-A’raaf, ayat 44 yang bermaksud: Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: “Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?”. Mereka menjawab: “Benar ada”. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: “Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim”.
Apabila ahli syurga dipertontonkan mengenai keadaan di dalam neraka, maka ahli syurga berkata kepada ahli neraka:
"Adakah kamu sudah rasai apa yang Tuhan kamu telah janjikan?"
Ahli neraka bila ditanya oleh ahli syurga, mereka menjawab sepatah saja, menggambarkan terlalu dasyhat keadaan di dalam neraka.  Di dunia dahulu mereka tidak mahu mendengar, bahkan menghalang orang lain mendengar para rasul bercakap pasal syurga.  Sepatah perkataan menggambarkan dahsyatnya keadaan neraka.  Malaikat mencelah untuk menyokong pernyataan ahli syurga.  Laknat ke atas mereka. Sikap mereka dahulu yang memilih untuk masuk neraka.

JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA

Bekalan terbaik ialah ketakwaan kepada Allah dalam hidup kita. Rasa takwa kepada Allah. Tak lekang dari bibir kita dengan sentiasa berdoa pada Allah. Dalam solat sentiasa disebut berulang kali : "Tunjukkan kami di jalan yang lurus".
Mohon Allah tunjukkan kita jalan yang lurus agar kita tidak tergelincir.  Ramai manusia yang mati dalam keadaan tergelincir, tak ada bekalan yang perlu dibawa semasa mati, 
Tidak bersedia di depan Allah. Kita mohon agar Allah panjangkan usia kita untuk kita buat bekalan yang cukup ketika mengadap Allah nanti.

Rasulullah berpesan kepada seorang kanak-kanak bernama Abdullah Ibn Abas ketika dia tumpang duduk di belakang Rasulullah di atas tunggangan Rasulullah yang bergerak laju.  Abdullah berasa takut lalu dia pegang Rasulullah dengan kuat.  Rasulullah mula pegang Rasulullah lalu berkata: "Wahai Ghulam, aku nak ajar beberapa kalimah dalam hidup kamu. Kamu jagalah Allah, kamu akan dijaga oleh Allah."

Kejutan hari ini

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...