Membina Negara dan Langkah ke Hadapan
Terbang belatok di pinggir hutan
Terbang bersama seekor kedidi
Kalau tuan hendak ke hadapan
Jangan bicara perkara legasi
Perkara
yang mudah dalam hidup, kita bicara apa yang berlaku, apa yang kita
sumbangkan. Biarlah ianya berada dalam
lipatan Allah. Sekadar ambil ibrah tapi jangan bersuka-suka dengan perkara yang
lepas. Lain padang lain belalang. Keadaan sudah berubah berbanding dahulu.
Kena
jadi orang yang futurerist. Pemikiran
melihat ke hadapan. Jarang dibincang di peringkat university. Selalu dibincang di Negara maju. Pembentukan masa hadapan bermula sekarang
bukan bila sampai masanya. Teknologi hari ini samada teknologi maklumat sudah
dicuba pakai 30 tahun lepas, baru dikomersialkan sekarang.
Cabaran
mana2 negara adalah dalaman kita yang masyarakat pelbagai kaum. Cabaran luar
tentang teknologi. Nelson Mandela bila
jadi presiden. Cepat tandatangani WTO tanpa lihat kesannya pada Negara sedang
membangun. Kerajaan tak boleh beri
subsidi pada syarikat tempatan. 80% syarikat tempatan bungkus tikar di zaman
pemerintahan beliau.
Dalam
konteks manusia kita berhadapan dengan milinea dan golongan pesara. Golongan milinea satu masalah dan golongan
pesara juga satu masalah. Berlaku kesenjangan antara simpanan untuk usia tua
dengan perbelanjaan mereka dengan umur mereka yang panjang. Tidak pernah terfikir pemimpin kita di masa
lepas. Kedua-dua isu ni datang serentak. Ini reality yang perlu kita hadapi
Masalah
warga kerja muda, pesara dan masalah B40.
Dibebankan dengan bagaimana nak uruskan antara simpanan, pendapatan dan
usia yang semakin panjang dan simpanan yang tidak cukup diuruskan dengan
formula yang dibuat 30 atau 40 tahun
lepas.
Resepi
1.
Dalam
langkah ke hadapan kita mesti pandai melakukan the act of balancing. Kena
pandai letakkan satu pertimbangan yang baik antara pelbagai perkara. Teory of
proportionality. Letak dos yang bertepatan seperti doctor dengan pesakit
berdasarkan dos yang cukup2, tidak lebih atau tidak kurang. Resources dan time
limited. Challengers are persuasive. Apa
sahaja yang berlaku so kena ada act of balancing. Bukan zaman bawa idealism tapi bawa satu
teori kemusabahan yang wajar. Antara
syariah dengan hukum dengan maqasid. Ada maqasid untuk manusia dan maqasid
untuk Allah.
2.
Fahami
building block pada satu Negara. Selalu
melihat tiang2 seri pada sebuah kerajaan samada kewangan, kebudayaan,
kesukanan, lestari dari segi pekerjaan.
Kita akan lihat banyak lagi lopong2 pada masyarakat. Setiap kita samada pemimpin atau foot soldier
kena setiap minggu cuba bercakap dengan orang yang lebih tinggi daripada kita
dari segi ilmunya dan pengalamannya dan exposure. Supaya kita dapat tambah ilmu dalam masa
cepat, dekat dan bijaksana. Jadikan satu program untuk melawat ceo, bekas ahli
politik atau ahli masyarakat. Kita kena lihat isu ini secara lebih cepat kerana
pembacaan dalam masa 4 jam tak mungkin cukup untuk memahami apakah building
block dalam sesebuah negara. Speak to people to extract pengalaman dari mereka
ahli politik dari pelbagai parti. Buangkan fikiran kita bercakap pada ahli
politik dari parti tertentu. Hikmah itu
tidak ada empunya, hikmah tidak ada sempadan dan hikmah tidak ada alamat rumah
tertentu dan juga sebarang geografi yang tertentu. Building block adalah satu perkara yang ramai
kita gagal memahaminya. Penawaran kita kadang2 tidak sampai pada apa yang
sebenarnya berlaku dalam Negara dan masyarakat.
3.
Kita
kena memahami apakah teori baru pada permintaan dan tawaran dalam masyarakat.
The demand and supply. Ada satu
kesalahan kalau kita anggap supply dan demand tidak berubah. Dalam dakwah
sekalipun teori supply dan demand sudah banyak berubah. Kadang2 mungkin supply lebih important dari demand. Kadang2
demand lebih penting dari supply Perlu narrative baru dalam supply dan demand
untuk jual idea, produk dan perkhidmatan apa sahaja yang nak dibawa dalam
masyarakat. Ramai dalam masyarakat tidak
sedar demand and supply cepat berubah dalam perniagaan, naratif politik, dalam
pendidikan, dalam budaya dalam kesukanan dan pembinaan masyarakat majmuk. Kita
tak sedar bahawa demand dan supply sudah berubah. Mungkin agenda penyatuan
ummah yang kita sudah bawa selama ini mungkin gagal. Bukan kerana penyatuan ummah tidak penting
kerana pendekatan untuk membawa penyatuan ummah berbentuk retorik, politik, emotional
dan slogan semata2. Kita kena berubah
pada satu slogan baru pengupayaan ummah.
The empowerment of the ummah kerana dapat melibatkan seramai mungkin
dalam masyarakat. Dan Bukan lagi berbentuk retorik bukan lagi berbentuk
bersama2 tetapi buat tindakan berbentuk positif yang ada tindakbalas kerja yang perlu dilakukan. Teori demand and supply
perlu dimuhasabah untuk kita pastikan kita benar2 faham apakah demand dan
supply yang kita ada. Negara moden tidak tunggu demand, keluarkan supply dulu
spt Negara Israel. They created the demand by creating the supply in society.
4.
Kita
mesti berkemahiran tinggi. Zaman
mempunyai ilmu secara umum sudah luput tarikh sahnya. Zaman pandangan umum
sudah habis tamat tempohnya. Dalam kisah
zulkarnain dalam surah al kahfi. Beliau guna skill yang baru untuk jadi beliau
relevant dalam masyarakat. Ia membuat tembok dari besi dan tembaga yang
merupakan the first teknologi bina strongest wall. Satu teknologi baru untuk halang yakjuk dan
makjuk. Allah beri isyarat itu pun tidak
akan kekal selamanya. Teknologi akan berubah dalam masa yang dekat. Dalam
kontek tembok mungkin ambil masa yang lama. Kita kena mahir dan pakar sebagai
pemimpin. Bila tiba masanya ia akan runtuh ranap bukan pecah. Runtuh from
inside sehingga jadi rata. Kena ada kemahiran tinggi yang mengatasi pemikiran
orang2 biasa. Kemahiran tinggi dalam
bidang pimpinan,organisasi, socialogi, tawaran produk, media dan seumpanya
untuk membawa Negara ke hadapan. Perlu upgrading dan upscaling yang berterusan
pada semua peringkat pimpinan dan yang dipimpin.
5.
Untuk
melangkah ke hadapan perlu ada visi yang jelas.
Visi tanpa ada sebarang keazaman dan kebulatan hati. Itu bukan satu visi
yang jelas. Mesti ada kesungguhan untuk
melakukan satu usaha baru kita bentuk visi.
Visi dan passion kena ada serentak untuk menjadikannya bergerak senada
dan senafas.
6.
Strategi yang dibuat untuk masa hadapan
berdasarkan harapan semata2 adalah bukan satu strategi. Jangan gunakan perkataan hope atau
harap. Perkataan hope tidak melambangkan
otot kita yang bergerak secara semaksima mungkin. Paling mudah kita kata we hope the economy
will improve. We hope our society will getting better and we hope. Ubah pemikiran kita jangan guna perkataan
hope sama sekali. Cari perkataan yang
boleh lambang diri kita sendiri. Ubah perkataan: we are planning.. Bila lapor
pada lembaga kita dan kita sudah buat tanggungjawab kita sedang merancang. We
are putting the effort. Kita jadi satu generasi yang boleh bawa Negara ke masa
hadapan. Dalam kerja serious seperti
membangun Negara, mengurus syarikat dan membangun masyarakat, perkataan hope
tidak relevant di zaman sekarang. Untuk jadi seorang pemikir yang serius dalam
letakkan strategi untuk bangunkan Negara.
7.
Dalam
konteks Teknologi maklumat. Ramai agensi manusia, pertubuhan dan sebagainya
melihat Industry 4.0 tidak beri keuntungan pada islam Negara dan masyarakat. Satu usul bahawa cadangan itu tidak tepat.
Teknologi Industry 4.0 adalah teknologi yang telah meruntuhkan segala tembok2
pemisah di muka bumi. Ia memberi satu kesempatan pada siapa sahaja yang ada
idea yang baik ada proposal boleh kongsi dengan satu dunia. Malah kalau kita ada data yang baik dan dimasukkan
dalam artificial intelligence, kita punya idea senang dapat disebarkan kerana
ada gps ada real time ada impact measurement dan pendataan yang telus, bebas
dan objektif sehingga dapat majukan idea2 yang baik. 4.0 adalah anugerah Allah kepada kita. Ikram buat sikit pelaburan kepada menjadikan pendataan suatu perkara yang mesti ada dalam
mana2 agensi. Ia bukan sekadar menyusun data tetapi membuat satu anjakan
prediction dan buat ramalan di masa
hadapan berdasarkan profiling manusia, kewangan, masalah, isu dan
seumpamanya. Big data dan artificial
intelligence AI adalah satu perkara yang boleh tunjukkan apa sahaja jelas
kebaikan dan jelas keburukan. Ambil
kesempatan supaya pertubuhan kita berdasarkan data. Al quran cukup berdata.
8.
Kita
mesti mengelakkan sebarang pendekatan imposition. Mengimposekan idea pada orang
lain. Jika orang tidak bersetuju dengan
kita, kita akan rasa terguris dan bengis.
Engagement satu perkara yang baik.
Sekadar permulaan, ada convincing, dialog , mind mapping supaya dapat
satu keputusan dapat bawa win win case di akhir nanti. Kena ada act of balancing. Zaman semuanya
mesti perfect sudah berakhir. Zaman sekarang
hikmah yang berkontekstual. Bukan hikmah
yang sepenuhnya. Hikmah yang ada lantai berdasarkan kontek masyarakat tempat
dan keadaan.
9.
Satu
solusi untuk semua masalah, One solution fits all sudah tidak lagi relevant
pada zaman ini. Zaman nabi dan sahabat pun ini bukan kaedah bukan pembentukan
agama dan syariah kita. Setiap masalah mungkin ada lebih dari satu penyelesaian
dan satu pendekatan yang boleh kita bawa. Latih pemikiran kita menjadi orang
yang boleh membawa banyak solusi kepada satu masalah pada satu scenario yang
kita berhadapan. Mudah-mudahan dengan latihan minda ini kita dapat sesuaikan dengan
keadaan dalam masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama, pelbagai sensitive
isu. How can we deal dengan setiap isu dengan pelbagai latarbelakang solusi,
tempat dan seumpamanya. Buangkan pemikiran. Syariah tidak boleh selesaikan
semua solusi untuk semua masalah.
Syariah datang dengan pelbagai solusi berdasarkan inovasi, kreativiti
dan mungkin ijtihad serta syura dan enggament untuk bawa solusi pelbagai pada
masyarakat.
Allahyarham
Hamka:
Semangat
yang lemah buanglah jauh
Jiwa
yang kecil segera besarkan
Yakin
percaya iman pun teguh
Masa
hadapan penuh harapan.
No comments:
Post a Comment