Thursday, 5 December 2019

Jagalah HATI



1.    Membaca al-Quran
Sudah semestinya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau gelombang kehidupan.  Namun, lazimilah mencapai al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.

Firman Allah bermaksud:
“Diturunkan kepadamu al-Quran sebagai perunjuk dan rahmat serta penawar……”               Surat al-Isra’ :82

Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri.  Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri.  Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa al-Quran segalanya tidak bermakna.

2.    Mendirikan Solat
Rawatlah hati dengan solat.  Seorang ulama bernama al-Hakim berkata: “Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah al-Quran kerana al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu.  Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah.”
Hati yang lemah akan mendapat semula kekuatannya apabila bersandar kepada satu kuasa Yang Maha Perkasa.  Sebagai perbandingan, pakar-pakar psikologi sering menyarankan supaya kita meluahkan masalah yang membebankan hati kepada orang yang kita sayangi, percayai dan hormati.  Langkah itu akan meredakan beban rasa yang mencengkam jiwa.
Ya, sekiranya kita meluahkan rasa hati kepada manusia itu pun sudah melegakan. Apa lagi jika kita solat, ini bererti kita meluahkan segala rintihan, permasalahan, kesusahan kepada Zat yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh hambaNya.
Bukankah Allah Al-Sami’ @ Maha Mendengar? Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hambaNya.  Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita, sudah pasti jiwa kita akan mendapat ketenangan dan kerehatan.
Sebab itu, seringkali Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Sayidina Bilal (apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal.”  Itulah kerehatan hati yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!”

3.   Mengingati Mati
Rawatlah hati dengan mengingati mati.  Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati.  Sabda Rasulullah s.a.w: “Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati.” (Riwayat al-Baihaqi)
Jadilah insan bijaksana sepertimana dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w, yakni mereka yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.  Impak daripada mengingati mati, para sahabat Rasulullah s.a.w hidup bahagia, tenang dana man di samping dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan.
Ingat mati ialah pembasuh hati yang gelisah dan resah.  Cukuplah mati sebagai peringatan dan pengajaran.  Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat. Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan taat.  Ingat mati itu sesungguhnya akan memberi satu tenaga yang begitu ampuh untuk menjalani kehidupan dengan jiwa yang kukuh.  Persediaan menghadapi mati menyebabkan kita lebih produktif dan aktif dalam hidup!.  Sebaliknya, melupakan mati akan mematikan hati.
Jika mati pun belum dapat mengingatkan kita, maka berdoalah kepada Allah agar dikurniakan ‘hati’ yang lain, kerana hakikatnya kita sudah tidak mempunyai hati lagi.  Berhati-hatilah menjaga hati, jangan sampai kita kehilangannya!
Rujukan: SOLUSI isu #4

Wednesday, 4 December 2019

Hak Muslim Tanggungjawab Kita

1 Hari 1 Hadis, [20.11.15 12:22]
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hak Muslim Tanggungjawab Kita

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ


Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (SAW): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda: Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia. Jika dia sakit, maka ziarahilah dia dan jika dia meninggal dunia, maka hantarlah (jenazah)nya.

Pengajaran:

Setiap Muslim mempunyai hak yang perlu ditunaikan dan ia menjadi tanggungjawab kepada Muslim yang lain. Antaranya:

a.  Jika bertemu dengan setiap Muslim hendaklah mengucapkan salam padanya. 

b.  Jika dia mengundang, kita perlu memenuhi undangannya seperti perkahwinan, akikah, kenduri kesyukuran dan lain-lain selama tiada keuzuran. 

c.  Jika dia meminta nasihat dalam urusan keduniaan, berilah dia nasihat. (Imam An-Nawawy berkata: Syarat memberi nasihat jika diminta, hanya terbatas pada masalah dunia. Tetapi jika bersangkutan dengan masalah agama, kita wajib memberi nasihat walaupun tidak dipinta). 

d.  Jika dia bersin dan bertahmid اَلْحَمْدُ للَّه, maka tasymitkan (doakan) يَرْحَمُكَ الله (semoga Allah mencucuri rahmat keatas kamu). 

e.  Jika dia sakit, maka ziarahilah. Ziarahi orang sakit termasuk salah satu amal solleh yang sangat afdhal 

f.  Jika dia meninggal dunia, maka hantarlah (jenazah)nya kekubur. 

JOM bersifat RAHMAH dengan menunaikan hak Muslim lain yang menjadi tanggungjawab kita.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

20hb November 2015


Monday, 2 September 2019

Sajak: Pembawa Rahmah


PEMBAWA RAHMAH
Mohamed Hatta Shaharom

Banyak dasawarsa silam
Sejarahmu tertulis
Dengan tinta kearifan
Bila gugusan usrah terbentuk
Dalam kelompok...
yang kehausan petunjuk.

Dr Daud Bakar: Membina Negara: Langkah ke Hadapan



Membina Negara dan Langkah ke Hadapan

Terbang belatok di pinggir hutan
Terbang bersama seekor kedidi
Kalau tuan hendak ke hadapan
Jangan bicara perkara legasi

Sunday, 25 August 2019

Halaqah 2019 Episod 13: Panduan Merawat Akhlak



Halaqah 2019 Episod 12: Serakah Rasuah



Halaqah 2019 Episod 11: Solat Seiring Akhlak



Halaqah 2019 Episod 10: Nabi Musa as & Nabi Khidir



Halaqah 2019 Episod 9: Jihad atau Jahat?



Halaqah 2019 Episod 8: Jasad Ramsess II



Halaqah 2019 Episod 6: Andalusia Pilu & Sayu



Halaqah 2019 Episod 5: Balik Pada Jahiliyah 2



Halaqah 2019 Episod 4: Kelesuan 1.6 Billion



Halaqah 2019 Episod 3: 23 Tahun Melurus Akhlak



Halaqah 2019 Episod 2: Ilmu Hadis



Halaqah 2019 Episod 1: Disempurnakan Al-Quran



Tadabbur Quran; Surah Al-Mulk










Monday, 12 August 2019

Hebatnya! Tak sangka kucing jalanan ini mampu bantu stesen kereta api keluar dari ambang muflis

Siapa sangka hanya kerana seekor kucing mampu membantu sebuah stesen kereta api keluar daripada ambang kemuflisan.
Mungkin anda tidak percaya namun seekor kucing di Jepun ini membantu menyelamatkan stesen kereta api daripada ditutup buat selama-lamanya.
Kucing yang diberi nama Tama bekerja sebagai 'Train Master' di Stesen Kishi di Bandar Kinokawa merupakan hentikan terakhir Landasan Eletrik Wakayama.
Tama dilahirkan di bandar itu pada asalnya dan membesar sebagai seekor kucing jalanan serta sering ditemui berlegar-legar di antara Stesen Kishi dan kedai runcit berhampiran.
Kucing itu dikatakan mula 'bekerja' sejak 2007 lagi berjaya meningkatkan kadar penggunaan keretapi itu secara drastik.
Gelagat Tama yang berjaya dirakam ketika 'bertugas' di Stesen Kishi. Foto BBC.
Selepas pekerja terakhir berhenti kerja pada tahun 2006, Tama merupakan satu-satunya 'pekerja' yang tinggal di stesen itu.
Dari rugi RM16.8 juta kepada keuntungan lebih RM 40 juta
Apabila orang ramai mendengar kisah kucing itu, penjual tiket kereta api menunjukkan peningkatan yang mendadak sehingga ia digelar 'Kesan Tama'.
Sebelum Tama 'bekerja' sebagai 'Train Master, syarikat kereta api itu kehilangan hampir RM16.8 juta setahun kerana penuruanan bilangan penumpang yang disebabkan beberapa pekara.
Pelancong tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Tama.
Selepas Tama menjadi 'bintang' utama di Stesen Kishi, semakin ramai orang datang kerana mahu membeli tiket daripada kucing comel itu.
Jika sebelum ini landasan kereta api itu merupakan pengangkutan asas ia kini menjadi destinasi utama pelancongan di Bandar Kinokawa.
Tarikan yang dimiliki Tama membuatkan orang dari seluruh dunia mahu melihat haiwan itu lebih dekat.
Tama 'menyambut' kehadiran pelancong. Foto Japan Forword.
Dek kerana fenomena Tama, ramai pengunjung dan pelancong sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk melihat Tama selain membuatkan syarikat kereta api diambang muflis berjaya diselamatkan.
Syarikat kereta api itu juga menerima lebih daripada RM40 juta yang dibayar oleh orang ramai yang mahu berjumpa dengan Tama.
Bukan itu sahaja, terdapat kedai cederamata yang menjual pelbagai jenis berkaitan dengan Tama termasuk baju mahupun patung di Stesen Kishi.
Selain itu juga, penunjung juga boleh membeli set ruang makan yang berkonsep Tama.
Kereta api khas, bina stuktur baharu kerana Tama
Pada tahun 2007, pegawai stesen itu memutuskan untuk memeliharanya sebagai salah satu tarikan pengunjung dan tanpa disedari tindakan mereka itu memberi keuntungan kepada mereka.
Pada tahun 2009, Tama menjadi begitu popular sehingga syarikat kereta api itu melancarkan kereta api khas versi kartun Train Master berkaki empat dan diberi nama Tama Densha.
Pelancong tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Tama.
Stesen itu juga membina sebuah satu struktur pintu masuk utama baru yang menyerupai kepala Tama pada tahun 2010 dan ia menyebabkan peminat kucing itu semakin teruja.
Tama berusia 10 tahun ketika mula bekerja di Stesen Kishi dan menerima gaji dalam bentuk makanan selain mempunyai blognya sendiri.
Kucing comel itu juga diberi tugasan untuk menyambut kedatangan para pelanggan selain diberikan sebuah pejabat kecil dan pakaian seragam yang dipakainya setiap hari.
Dilantik sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi
Pada Januari 2010, Tama secara rasminya dinamakan sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi dan menjadikan haiwan itu kucing pertama dilantik sebagai eksekutif di sebuah syarikat perkhidmatan kereta api.
Kereta api yang berbentuk Tama turut menjadi tarikan pelancong. Foto BBC.
Tama yang 'bertugas' sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi turut dibantu dua kakitangan baru sebagai pembantunya yang juga kucing diberi nama Chibi dan Miiko dalam melakukan tugas seharian.
Dek kerana populariti Tama yang semakin dikenali di peringkat antarabangsa apabila menjalani penggambaran dokumentari pertamanya bertajuk La Voie du Chat dalam Bahasa Perancis dan ia juga diterbitkan dalam Bahasa Jerman berjudul Katenlektionen.
Nitama penganti Tama yang meninggal dunia pada tahun 2012.
Hampir 3,000 orang yang menghadiri upacara pengebumian Tama yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2012 pada usia 16 tahun.
Tama disemadikan di tapak perkuburan kucing berhampiran dan haiwan itu juga memperolehi status dewi Shinto kerana sikap dedikasinya untuk memastikan perkhidmatan kereta api terus maju ke hadapan.
Kini, jawatan Tama sebagai Train Master di Stesen Kishi itu digantikan dengan pekerja baharu, Nitama yang mempunyai wajah dan warna bulu mirip dengan Tama.

Infografik & video haji




Pencemaran udara Pasir Gudang

5 Julai 2019 - Jumaat

EKSKLUSIF: Pakar belum temui bukti sisa toksik bawah tanah

PASIR GUDANG: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan melihat bukti santifik, selain bacaan alat pengesan gas sebelum boleh merumuskan sisa toksik bawah tanah adalah punca pencemaran udara di sini.

Ciri-ciri Keunggulan Islam : Rabbaniyah


Islam adalah agama Allah.  Justeru itu semua prinsip dan ciri-ciri asasnya ditetapkan oleh Allah.  Prinsip dan ciri-ciri ini tidak berubah hinggalah ke Hari Kiamat.  Antaranya adalah:
  • Rabbaniyah
  • Syumuliyah
  • Universal
  • Menentang Jahiliah
  • Menentang Khurafat dan Tahayul
  • Mengutamakan Akhirat Tanpa Mengabaikan Dunia
  • Mengutamakan Akal dan Ilmu
  • Mementingkan Teknologi Semasa
  • Mudah dan Sederhana

Rabbaniyah
Kalimat rabbaniyah  berasal daripada perkataan bahasa Arab 'Rab' yang bermaksud 'Allah yang maha pentadbir lagi maha penentu'.  Konsep rabbaniyah bermaksud, Islam didatangkan oleh Allah, kerana itu segala dasar dan prinsipnya ditentukan oleh Allah, bukan oleh senat, kongres, ataupun parlimen.

MINDA MUSLIM SUPER - UMAT SUPER


Super: Over, above… over and above higher in quantity, quality or degree than…; exceeding  or so as to exceed a norm….; surpasing all or most others of its king….; superior in status, title or position."

Perkataan super dapat diertikan sebagai 'sesuatu yang lebih tinggi (ataupun baik) mutu, darjat, taraf kedudukannya serta sesuatu yang unggul'.
Umat Nabi Muhammad adalah satu umat yang super. Mereka bermula dari zero (kosong) kemudian berubah menjadi hero. Pada peringkat awal umat ini dianggap seperti tunggul, tiba-tiba ia berubah menjadi unggul. Kemudiannya, umat super ini berjaya mengubah dunia. Berhubung dengan kejayaan ini, A.M. Lothrop Stoddard di dalam The New World of Islam (Ross & Perry, New Jersey, 2002) berkata, "Kebangkitan Islam merupakan satu episod yang paling mengangumkan dalam sejarah manusia. la lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam. Dalam proses itu, ia meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia Islam."
Umat ini menjadi super kerana mereka benar-benar beriman serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Allah menyatakan dalam surah Ali lmran ayat 139 yang hermaksud, "Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih hati, padahal kamulah orang-orang paling tinggi (darjatnya) jika kamu beriman."

Kemalangan maut di Lebuhraya Plus akibat pergaduhan

Berhenti sebar berita palsu kemalangan di Lebuhraya Plus - Timbalan KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan tindakan pihak tidak bertanggungjawab memanipulasikan insiden kemalangan di Kilometer 293.5, Lebuhraya Utara Selatan, yang berakhir dengan kematian seorang lelaki berusia 29 tahun, Sabtu lalu.
Pelbagai spekulasi dikeluarkan dalam rangkaian komunikasi dan platform media sosial bagi membangkitkan sentimen perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat dan ketenteraman awam di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya sudah mengeluarkan beberapa kenyataan rasmi mengenai punca kejadian berkenaan.
“PDRM sudah mengeluarkan kenyataan rasmi, tangkapan pun sudah dibuat ke atas suspek yang terbabit dalam kejadian itu.
“Sekarang, kami merayu saksi yang berada di lokasi kejadian untuk tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mazlan berkata, PDRM menasihatkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan rangkaian komunikasi media sosial dengan cara yang boleh memecahbelahkan dan mengganggu-gugat perpaduan antara kaum.
Katanya, tindakan mengeluarkan berita atau laporan tidak benar ini akan menjurus kepada polemik perkauman dan keagamaan.
Sejak semalam, pelbagai spekulasi tidak benar disebarkan melalui media sosial berhubung kejadian kemalangan yang berakhir dengan kematian pegawai bank, Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
Pada hari sama, suspek seorang lelaki berusia 40 tahun dan isterinya berusia 36 tahun ditahan selepas dipercayai melanggar mangsa hingga menghimpitnya ke besi pembahagi jalan akibat panik dengan perbuatan mangsa yang membawa kayu besbol memukul depan kereta suspek.
Akibat kecederaan dialaminya, mangsa dihantar ke Nilai Medical Centre oleh orang awam dan disahkan sudah meninggal dunia.

QISTINA Ayu isteri kepada Syed Muhammad Danial Syed Syakir yang maut selepas dipercayai dilanggar kereta dipandu seorang lelaki dilihat memeluk bapanya, Rozhan ketika menunggu keputusan bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, Serdang. NSTP/Aizuddin Saad

Suasana hiba tunggu jenazah suami

SERDANG: Suasana pilu menyelubungi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang di sini, hari ini apabila seorang wanita menangis teresak-esak sambil mendukung bayi berusia empat bulan ketika menunggu proses bedah siasat mayat suaminya.
Qistina Ayu Mohd Rozhan, 28, isteri Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, yang maut susulan perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, semalam, kemudiannya ditenangkan oleh ahli keluarga terdekat.
Wanita itu juga dilihat beberapa kali mengesat air mata dengan tudungnya.
Ketika didekati wartawan untuk ditemubual, dia enggan mengulas, sebaliknya meminta ruang untuk menenangkan diri.
SUASANA sedih menyelubungi keluarga Qistina Ayu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, Serdang. NSTP/Aizuddin Saad
ISTERI kepada Syed Muhammad Danial bersama ahli keluarga kelihatan sedih selepas jenazah suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Bangi. NSTP/Aizuddin Saad
QISTINA Ayu menyiram air pada pusara selepas jenazah suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Bangi. NSTP/Aizuddin Saad
Sementara itu, bapa mentua mangsa, Mohd Rozhan Ramlee, 57, berjanji akan membantu anaknya untuk menjaga kebajikan cucunya itu, Sharifah Dian sebaik mungkin.
“Allahuakbar, saya berazam untuk membantu menjaga cucu. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu kehilangan bapa dalam sekelip mata.
“Menantu saya seorang anak yang taat kerana setiap hujung minggu dia akan membawa isteri dan anaknya ke rumah ibunya di Shah Alam. Jika diikutkan perancangan, mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha di rumah ibunya hari ini,” katanya ketika ditemui di hospital itu.
Mohd Rozhan berkata dia dimaklumkan kejadian menimpa menantunya itu oleh anak bongsu, Zafri Amir, 19, selepas mendapat maklumat menerusi rakannya yang kebetulan melalui lokasi kejadian, jam 2 petang, semalam.
“Sebaik menerima berita itu, saya bersama anak (Qistina Ayu) bergegas dari rumah di Bukit Mahkota (Bangi) ke lokasi untuk melihat keadaan menantu,” katanya.
Beliau berkata Zafri yang tiba lebih awal di lokasi, membawa Syed Muhammad Danial ke klinik kesihatan berhampiran menaiki kereta orang awam sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre kerana klinik berkenaan tutup.
Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian bersama Qistina Ayu, mereka mendapati bahagian belakang kereta menantunya kemek.
“Jika dilihat pada kerosakan kereta itu, tidak ada kerosakan teruk dan mungkin menantu hanya cedera ringan.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, menantu disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala,” katanya.
Dalam pada itu, Zafri berkata abang iparnya ditemui dalam keadaan separa sedar di tepi laluan lokasi berkenaan.
“Saya kemudian memohon bantuan orang ramai untuk membawanya menaiki kereta ke klinik berhampiran. Ada kesan lebam di kepala serta perut mangsa. Ketika dalam perjalanan ke klinik itu, abang ipar dalam keadaan separa sedar.
“Selepas tiba di Nilai Medical Centre, mangsa sudah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Unit Kecemasan. Pihak hospital kemudian memaklumkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Jenazah Syed Muhammad Danial akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mahkota, petang ini.

Friday, 9 August 2019

Rahmatan Lil Alamin dalam semangat Maal Hijrah

Rahmatan Lil Alamin Dalam Semangat Hijrah bersama Prof Datuk Dr Harlina Siraj


Nak bersifat rahmah perlu bermula daripada individu kemudian baru keluarga.
Keluarga adalah batu asas untuk pembinaan sebuah tamaddun.
Pembinaan sebuah keluarga bukan terletak atas wanita sahaja tetapi mesti dilibatkan orang lelaki seperti mana mereka bercakap pasal bola dll.

Proof You're Never Too Old To Achieve Your Dreams | Dhar Mann

Do you ever feel like you’re too old to follow your dreams? This story of the oldest gymnast champion in the world may change your mind. A difficult life decision many of us face is to pursue our lifelong dream or to do what’s best for our family. But what if you could have both? By never giving up on your dreams and forgetting about your age you can follow your passion in life. This story is a powerful example of women proving there’s no age limit to follow your dreams. It goes to show it doesn’t matter how young or how old you are - whether you value your family or your passions. If you want something bad enough, it’s never too late to chase your dreams and achieve your passion in your life. What are some of your life dreams you wish to accomplish in your lifetime? Let me know by commenting below!

Tadabbur Surah Al Hajj siri 1

Tadabbur Surah Al-Hajj (siri 1)

Indahnya Susunan Kisah Nabi Ibrahim A.S dalam al Quran


Tadabbur Surah Al Hadid
Pertama, surah ini mengubah cara Muslim memandang besi, sains dan teknologi. Kedua, surah ini menjawab persoalan bagaimana lahirnya generasi para Sahabat seperti Abu Bakar al-Siddiq yang menginfaqkan segala hartanya fi sabilillah. Ketiga, surah ini menawarkan jawapan kepada bagaimana mahu mengelakkan meniti titian sirath tanpa sebarang cahaya. Keempat, surah ini memberi jalan untuk menjadi al-Sabiqun. Kelima, surah ini mengumumkan berita kemenangan.




HALAQAH 2019 

EPISOD 7:  LGBT SEKSUAL SONGSANG
                    Bagaimana Islam Merawatnya

LGBT membawa bencana kepada sosial dan akhlak masyarakat. Perlakuan busuk dari umat Nabi Luth as yang tidak dapat diterima. Belajar juga dari kisah orang-orang Pompeii yang tenggelam dalam amukkan gunung berapi. 


Kejutan hari ini

Petang ni mendapat kejutan hadiah dari Cikgu Amelia Suib, salah seorang pelanggan buku dan pengguna channel fizicmozac. Wow dapat telekong S...